Uncategorized

Deemples lancar kemudahan pembayaran digital untuk penggemar Sukan Golf di Asia Tenggara


Deemples, syarikat golf terkemuka di rantau ini telah melancarkan kemudahan pembayaran atas talian bernama DeemplesPay untuk kegunaan kelab dan penggemar sukan golf.

Kemudahan ini adalah yang pertama seumpanya di rantau ini dan menawarkan peluang kepada pemain dan pengusaha kelab golf untuk menguruskan pembayaran dengan lebih mudah dan efisien.

Pada masa ini Deemples mempunyai tujuh pengusaha yang menggunakan kaedah pembayaran ini iaitu Kelab Golf Seri Selangor, Kelab Golf Danau, Kelab Golf Monterez, Kelab Golf Kinrara, Kelab Golf Tasik Puteri, Kelab Rahman Putra Malaysia dan Kelab Golf Bukit Jalil.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutifnya,
David Wong berkata, pihaknya percaya kemudahan pembayaran melalui aplikasi mobil Deemples akan menjadikan sukan golf lebih mudah diakses oleh ramai orang.

“Deemples Pay telah lama dinantikan oleh pengusaha kelab dan penggemar sukan golf kerana kemudahan ini membantu mengatasi kelemahan dalam kaedah tempahan permainan yang telah sekian lama dihadapi.

Melalui aplikasi ini, pemain boleh mencari pemain lain untuk merancang permainan, menempah slot permainan di kelab golf pilihan dan membuat pembayaran pendahuluan secara terus kepada kelab golf tersebut sebagai jaminan slot.

“Ini bermaksud, pemain kini hanya perlu memfokuskan kepada permainan dan pengusaha kelab golf menerima faedah melalui pembayaran pendahuluan yang diterima,” katanya.

Dengan lebih daripada 30,000 orang pengguna di Asia Tenggara, syarikat ini turut menyasarkan untuk memperkenalkan kaedah pembayaran
ini ke seluruh rantau.

Aplikasi DeemplesPay untuk kegunaan kelab dan penggemar sukan golf.

Menjamin pendapatan pengusaha kelab golf

Salah satu isu besar yang dihadapi oleh pengusaha kelab golf ialah pembayaran hanya akan diperolehi pada hari perlawanan.

Ini bermakna, kelab golf harus mengambil risiko tanpa jaminan untuk mendapatkan aliran tunai – faktor disebabkan oleh faktor-faktor seperti pembatalan saat akhir, ketidakhadiran dan cuaca buruk.

Senario ini adalah sangat mencabar dalam sebarang perniagaan dan menyebabkan pengusaha kelab golf tidak dapat meramal dengan tepat unjuran pendapatan dan pertumbuhan kerana risiko di luar jangka.

Dalam konteks ini, Deemples Pay menawarkan penyelesaian yang diperlukan selain memudahkan pengurusan permainan dengan menyingkirkan ketidakhadiran dan pembatalan saat akhir manakala pembayaran pendahuluan yang dikenakan akan menjamin pendapatan kepada kelab golf berkenaan.

Teruja jalin kerjasama dengan Deemples

Pengurus Besar Kelab Golf Seri Selangor, Hairul Zaini berkata, mereka teruja untuk meneruskan kerjasama erat dengan Deemples dalam memperkenalkan pilihan Deemples Pay kepada pemain di kelabnya.

Respons awal yang diberikan sangat positif dan lebih ramai pemain akan menggunakan aplikasi tersebut untuk membuat tempahan dan
mengesahkan slot di kelab kami secara awal.

“Kami yakin bahawa lebih ramai pemain akan melihat faedah penggunaan kaedah pembayaran ini dalam jangka masa panjang untuk membuat tempahan dan pengesahan slot,” ujarnya.

Kaedah pembayaran baharu ini turut menguntungkan penggemar sukan golf secara keseluruhan. Pemain golf yang komited akan sentiasa terdedah kepada risiko apabila menganjurkan permainan kerana ketidakhadiran akan menjejaskan kemampuan untuk pewujudan
flight memandangkan sejumlah tiga orang diperlukan secara minimum untuk bermain di sesetengah kelab pada hujung minggu.

Melalui Deemples Pay, risiko ini dapat dikurangkan dengan ketara kerana pemain akan cenderung memilih masa tee mereka.

Manakala kelab golf yang terlibat akan memberikan diskaun melalui Deemples Pay untuk permainan pada masa akan datang.

Pengenaan pembayaran pendahuluan juga adalah satu jaminan keselamatan yang membolehkan kelab golf menawarkan rebat dan promosi mampan kepada pemain disebabkan kemampuan untuk meramal dan menjamin pendapatan.

Deemples manfaatkan pemain, kelab golf

Pengurus Kelab Golf Danau, Johan Fariz pula menambah, ia sangat memanfaatkan pemain dan juga kelab golf.

“Dengan keselamatan yang dijamin melalui Deemples Pay, kami boleh merancang kempen pemasaran dengan lebih baik selain menyediakan promosi dan faedah yang lebih besar dan mampan untuk pemain-pemain
kami.

“Ini kerana kami tidak perlu lagi menghadapi pembatalan saat akhir dan ketidakhadiran, yang benar-benar memberi impak kepada permainan bukan sahaja kepada kami, tetapi juga pemain yang menggunakan kelab kami. Kami melihat ini sebagai satu kemenangan besar
untuk kedua-dua pihak,” katanya.

Deemples diibarat sebagai ‘uber untuk sukan golf’ di rantau ini, membantu memadankan pemain golf merentasi lima negara di Asia Tenggara iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina, dan Brunei serta akan dilancarkan di Australia pada tahun 2020.

Sejak membuktikan model monetisasi melalui Deemples Pay, mereka juga kini aktif mengumpul dana untuk pertumbuhan pasaran golf pada masa akan datang.

Dibangunkan dengan penuh semangat, Deemples turut membantu masyarakat mengenai sukan golf dan membina ekosistem untuk pemain, pengusaha kelab golf dan jenama untuk membangunkan sukan tersebut di rantau ini.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d