Uncategorized

Victor Beckham idam turuti jejak langkah abang


Victor (tengah) kini menyambung pelajaran ke KV Miri.

Setelah abangnya, Gabriel Nistelrooy berjaya mencipta nama di Kolej Vokasional (KV) Miri sehingga menarik perhatian pasukan Harimau Selatan kini giliran adiknya, Victor Beckham pula berkelana ke KV Miri.

Gabriel Nistelrooy kini bersama pasukan Johor Darul Ta’zim 4 (bawah 19 tahun) yang berpangkalan di Johor Bahru.

Melihat bakat abangnya yang berjaya dihidu pasukan besar Liga Malaysia, ia telah menerbitkan perasaan serupa dalam jiwa Victor.

Selaku jurulatih yang mendidik Gabriel, Mohamad Hakimi Man berbangga dengan pencapaian Gabriel apabila menjadi pemain pertama dari Miri beraksi bersama JDT 4.

Mohd Hakimi (kiri) percaya bakat Victor dalam arena bola sepak.

“Mungkin kita dapat melihat kelibat Victor dalam kancah liga profesional negara seperti dilakukan oleh abangnya.

“Victor harus berhijrah dan pada saya penghijrahan itu adalah perjuangan untuk kita berubah dan menjadi lebih baik.

” Apa kita yang kita selalu ingatkan kepada pemain adalah…..pelajaran itu No. 1, bola sepak itu No.2.

“Anda perlu fokus dengan pelajaran untuk melayakkan anda menjejaki program Diploma Vokasional Malaysia selepas dua tahun di peringkat sijil.

“Kamu mesti berkerja keras dan fokus dengan apa yang kamu lakukan, pasti berjaya,” katanya kepada cakapsukan.com baru-baru ini.

Hakimi berkata, Victor seorang individu yang berdedikasi, berdisplin dan patuh kepada nasihat mahupun arahan jurulatih.

“Victor berkeyakinan tinggi untuk mengubah nasibnya demi menjadi pemain profesional pada masa depam dan ini adalah peluang terbaik untuk beliau membuktikan kemampuannya,” katanya lagi.

Gabriel ketika menjalani sesi latihan bersama pemain utama JDT, Nazmi Faiz Mansor tahun lepas.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: