Uncategorized

Sirkit Remaja Kebangsaan 100PLUS : Pemain pilihan lepasi halangan awal

Tiada masalah buat pemain pemain pilihan yang beraksi di dalam kategori Bawah 16 tahun Divisyen 1 untuk melangkah ke pusingan kedua Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan 100PLUS yang memulakan saingannya hari ini.

Perseorangan lelaki B16 tahun, Lee Jian dari Pulau Pinang menepati ramalan untuk ke pusingan kedua selepas melakar kemenangan straight set 21-13, 21-11 ke atas wakil tuan rumah, MuhdHaziq Mohd Najib.

“Permainan saya baik secara keseluruhan dan berjaya untuk membaca corak permainan lawan. Saya lebih kerap menggunakan permainan di jaring untuk memerangkap lawan sebelum meraih kemenangan.

Lee Jian yang juga pilihan 3/4 akan berdepan pemain Kedah, Lim Jhian Meng yang melakar kemenangan ke atas Edmund Darral Leonard dari Sabah 21-14, 21-16.

Kekecewaan Edmund ditebus rakan sepasukan, Daniel Edry Elvestly yang turun menentang K. Suppiah dari Pulau Pinang.

Turun dengan status pilihan ke 3 / 4, Daniel mengesahkan slot ke pusingan kedua selepas melakar kemenangan straight set 21-14, 21-19 dalam masa 20 minit dan akan berdepan pemain tuan rumah, Wong Hong Xiang.

Melengkapkan senarai pemain pilihan yang mara ke pusingan kedua dalam kategori bawah 16 tahun, Muhd Ariffin Nazri Zakaria dari Johor.

Turun dengan status pilihan kedua, Ariffin nyata tidak berdepan masalah untuk menundukkan lawan dari Selangor, Eng Ler Xian dengan kemenangan straight set 21-12, 21-10.

Dalam saingan perseorangan lelaki Bawah 14 tahun, pilihan pertama Mohd Arif Jun Ket turut menepati ramalan melangkah ke pusingan kedua, namun tidak diberi laluan mudah sebelum menang ke atas wakil tuan rumah Goh Yi Qin 21-19, 21-18.

Begitu juga dengan pilihan kedua, Tan Kean Wei dari Pulau Pinang yang menang ke atas Sharven Rao dari Kedah 21-19, 21-9.

Saingan perempuan B14, kejutan berlaku apabila pilihan kedua kejohanan, Tania Nair Navin Kumar dari Johor kecundang di tangan pemain bukan pilihan dari Sabah, Sharylyn Vivian George.

Sharylyn Vivian

Pengalaman beraksi dalam saingan bawah 14 tahun tampak membantu Sharylyn untuk menundukkan Tania dalam pertarungan tiga set 21-18, 9-21, 21-18.

“Perasaan takut menghantui saya ketika permainan tetapi dengan semangat yang tinggi dan focus sepanjang perlawanan untuk memastikan kemenangan menjadi milik saya.

“Penyertaan tahun kedua dalam kategori B14, saya tidak mahu meletakkan tekanan yang tinggi. Hanya focus satu perlawanan demi satu perlawanan dan jika boleh, mara hingga ke final,”kata Sharylyn.

100PLUS, minuman isotonic nombor 1 di Malaysia, merupakan Minuman Rasmi bagi kesemua acara dan aktiviti BAM termasuk bagi Kejohanan Terbuka Malaysia dan Masters Malaysia.

100PLUS juga merupakan penaja utama Sirkit Remaja Kebangsaan100PLUS (Bawah12 Tahun, Bawah14 Tahun dan Bawah 16 Tahun) dan Kejohanan-Kejohanan Remaja Kebangsaan Antara Negeri 100PLUS.

100PLUS, yang merupakan penaja perak pada Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017, nyata amat sinonim dengan pembangunan dan sokongan terhadap sukan di negara ini.

Selain BAM, 100PLUS juga menyokong Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan juga pembangunan sukan di peringkat remaja menyokong Liga KPM.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: