Skuad B-19 Kelantan bermula cemerlang apabila meraih dua kemenangan berturut-turut pada awal saingan liga musim ini. Foto Kelantan FA

Jurulatih skuad Bawah 19 Tahun (B-19) Kelantan, Anizan Daud tetap merendah diri biarpun pasukan bimbingannya sudah melakar dua kemenangan berturut-turut dalam saingan liga musim ini.

Tanpa berselindung Anizan mendedahkan, masih banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki barisan pemainnya jika mahu melangkah jauh dalam saingan Piala Belia.

Katanya, beliau mahu barisan pemain terus bekerja keras dan kekal fokus dalam setiap perlawanan yang bakal diharungi selepas ini.

“Fokus adalah kunci utama jika kita mahu melangkah lebih jauh dan saya amat berharap barisan pemain tidak mudah leka,” katanya.

Anizan memberitahu, sikap cepat berpuas hati boleh mengundang padah buat pasukan.

Katanya, bagaimanapun beliau gembira kerana dua kemenangan yang diraih setakat ini ke atas Pahang, 2-1 dan Kedah 1-0.

“Dua kemenangan itu menambah keyakinan kepada kita untuk terus beraksi dengan baik selepas ini,” ujarnya.

Anizan berkata, sebagai permulaan beliau menyasarkan untuk berada dalam empat kedudukan teratas dalam saingan Piala Belia 2020.

Katanya, misi itu tampak mampu dilaksanakan jika pemain memberikan aksi terbaik dalam setiap perlawanan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: