Uncategorized

FAS, DEFM mahu pastikan Selangor beraksi di Shah Alam

Stadium Shah Alam. Foto: FA Selangor

Berhubung dengan kenyataan terbaru yang dikeluarkan oleh MFL mengenai status penggunaan Stadium Shah Alam, FA Selangor ingin menjelaskan bahawa pihaknya bersama-sama Darul Ehsan Facilities Management (DEFM) sedang menjalankan usaha-usaha bagi memperoleh kelulusan.

“Setakat ini, usaha-usaha tersebut berjalan dengan lancar dan pihak MFL telah dimaklumkan atas setiap perkembangan.

“Nescaya segala usaha daripada FAS, DEFM dan MFL adalah untuk kepentingan para penyokong untuk memastikan Stadium Shah Alam selamat digunakan pada 7 Mac 2020 ini,” kata kenyataan Facebook FA Selangor malam tadi.

Semalam, Cakap Sukan melaporkan Malaysian Football League (MFL) memaklumkan bahawa Stadium Shah Alam tidak boleh digunakan selepas hasil pemeriksaan mendapati keadaan semasa bumbung masih tidak selamat bagi pengelolaan perlawanan Liga Malaysia musim 2020.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan, pihaknya telah
memaklumkan perkara itu kepada Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) melalui surat rasmi pada 28 Februari lalu selepas melakukan tiga kali pemeriksaan keselamatan terhadap Stadium Shah Alam.

Jelas Dato’ Ab Ghani, MFL mendapati Stadium Shah Alam yang didaftar menjadi gelangang tuan rumah bagi pasukan CIMB Liga Super, Selangor pada musim ini tidak berada di tahap menyakinkan bermula pemeriksaan keselamatan pertama pada 10 Januari 2020 disusuli pemeriksaan kedua (21 Februari) dan ketiga (28 Februari).

Kata lagi Dato’ Ab Ghani, FAS harus menamakan gelangang alternatif lain bagi pasukan Selangor jika proses baik pulih Stadium Shah Alam tidak dapat diselesaikan sebelum 2 Mac.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: