Uncategorized

Lazarus Kiambi ganti Jackson : TRW

Kiambi (kanan) menggantikan Jackson dan membuat penampilan pertama ketika Kelantan bertemu Kuala Lumpur dalam aksi pembuka Liga Premier di Kota Bharu, malam tadi.

Bekas penyerang Pahang, Lazarus Kiambi sah menggantikan penggempur kebangsaan Liberia Christoper Jackson bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2020.

Pengarah Urusan Team Red Warriors (TRW) Sdn. Bhd Datuk Wan Rakemi Wan Zahari berkata, keputusan menggantikan Jackson terpaksa dibuat selepas pegawai perubatan pasukan mengesahkan penggempur Liberia itu mengalami kecederaan lateral menicus dibahagian lulut kanan.

Menurutnya, kecederaan itu menyebabkan Jackson terpaksa berehat panjang sebelum dapat kembali beraksi semula selepas ini.

Ujarnya, pemain berkenaan mendapat kecederaan ketika membantu Kelantan meraih kemenangan 3-2 pada aksi persahabatan menentang PJ City baru-baru ini.

“Sebelum bersama TRW, pasukan perubatan telah melakukan pemeriksaan rapi ke atas pemain itu dan mendapati dia bebas daripada kecederaan lampau.

“Namun, malang menimpa Jackosn apabila dia mengalami kecederaan pada perlawanan tersebut (menentang PJ City),” katanya kepada laman rasmi Kelantan FA.

Wan Rakemi memberitahu, walaupun berat untuk ‘melepaskan’ Jackson buat seketika namun itu adalah pilihan terbaik buat TRW memandangkan aksi Liga M musim 2020 baru sahaja bermula.

Katanya, TRW memerlukan penyerang berkualiti bagi memastikan jentera hadapan pasukan berada pada tahap terbaik untuk mengharungi saingan liga musim 2020.

“Saya telah melakukan perbincangan dengan barisan jurulatih dan mereka bersetuju mendapatkan Kiambi sebagai pengganti kepada Jackson,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Wan Rakemi berkata, memuji aksi yang diperagakan oleh Kiambi pada perlawanan pembukaan Liga Primier menentang Kuala Lumpur malam tadi.

Katanya, beliau berharap pemain itu terus memperagakan aksi terbaik dan terus membantu TRW selepas ini.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: