
UNDIAN aksi pusingan kedua Shopee Piala FA 2020 sebentar tadi cukup menarik apabila dua bekas juara bertembung awal.
Juara bertahan, Kedah akan bertindak sebagai tuan rumah menanti kunjungan Pahang di Stadium Darul Aman pada 17 atau 18 Mac depan.
Setiausaha Eksekutif Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Shahrul Samsudin ketika ditemui pemberita selepas majlis undian menyifatkan pertarungan antara kedua-dua pasukan pasti berlangsung sengit.
“Bagi saya untuk Piala FA 2020 ini, ia satu perlawanan yang dijangka menarik.
“Kita tahu perlawanan kalah mati ini berdasarkan undian dan bergantung pada nasib untuk mara.
“.. dan kita cuba yang terbaik untuk melangkah ke peringkat seterusnya,” ujarnya.

Ditanya kekuatan pasukan Pahang yang ditemui mereka kelak, Shahrul akui semua pasukan yang beraksi peringkat ini semua sama level.
“Kita akan layan perlawanan ini sama seperti aksi biasa. Setiap pasukan ada kelemahan dan kekuatan tersendiri. Malah, persiapan Kedah juga bermula seawal bulan Disember lagi untuk dengan aksi persahabatan kompetitif dan bermain di kelayakan Liga Juara-Juara Asia 2020,” katanya.
Beliau juga menyakini corak taktikal dibawah kendalian Aidil Sharin Sahak dan pemain yang akan diturunkan pada pertembungan itu nanti.
Untuk rekod, Kedah telah mendakap Piala FA sebanyak lima kali iaitu pada 1996, 2007, 2008, 2017 dan 2019.
Add Comment