


Hari kedua ujian masa di Qatar menyaksikan Fabio Quartararo memanfaatkan sepenuhnya dengan memperolehi pusingan masa terpantas sepanjang 5.4km di litar Losail International Circuit. Manakala rakan sepasukanya, Franco Morbidelli mengakhiri masa keempat terpantas.
Selepas menjadi penunggang pertama di litar pagi ini, Fabio dapat menyesuaikan diri dengan keadaan trek yang jauh berbeza sebelum ini sehingga lewat petang untuk menguji persediaan Yamaha YZR-M1 dengan kondisi yang berbeza, untuk mencari kesesuaian terbaik setiap keadaan dan menguji beberapa komponen aerodinamik di bahagian hadapan jentera perlumbaanya. Menjelang sesi akhir, Fabio menumpukan perhatian kepada beberapa pusingan akhir dan masa yang dicapai dari 65 pusingan dengan masa terbaik ialah 1min 54.038saat, yang meletakkannya dia di tangga teratas perlumbaan.
Rakan sepasukan Morbidelli yang turut menyertai sesi hari ini untuk mencari perubahan kondisi jentera YZR-M1nya. Pagi ini melihat masa pusingannya berkurang di setiap pusingan dan mencapai tahap perlumbaan yang positif pada beberapa saringan masa. Franco melengkapkan 70 pusingan Litar Antarabangsa Losail, Fabio di antara yang paling banyak berlumba hari ini, dan masa terpantas ialah 1min 54.481secs – hanya 0.443 saat. Fabio – meletakkan dia diposisi keempat pada hari kedua ini.
Hari terakhir ujian pra musim akan bermula pada 1 petang waktu tempatan (11 pagi CET dan 10 pagi GMT) esok, selepas itu tindakan seterusnya untuk PETRONAS Yamaha SRT akan menjadi perlumbaan pertama tahun ini, dan di Qatar, bulan depan 6-8 Mac).
Add Comment