Uncategorized

Shopee Perbaharui Tajaan Kejohanan Piala FA Buat Tahun Ketiga Berturut-turut

Shopee terus menghangatkan Liga Malaysia setelah memperbaharui kerjasamanya bersama Malaysian Football League (MFL) untuk menjadi
Pasaran Atas Talian Eksklusif Rasmi buat tahun ketiga.

Kerjasama tersebut termetrai di majlis
menandatangani penajaan kejohanan Piala FA di Kota Damansara, hari ini.

Shopee bukan nama asing bagi rakyat Malaysia; platform e-dagang tersebut menawarkan pengalaman membeli-belah atas talian yang mudah, selamat dan menarik yang dinikmati oleh berjuta-juta orang setiap hari. Kerjasamanya bersama MFL, sejak tahun 2018, merangkumi
Shopee sebagai penaja kejohanan untuk Piala FA.

Penajaan itu menandakan komitmen Shopee untuk membantu dan memberikan sokongan padu kepada pembangunan bola sepak, sukan nombor satu di negara ini yang menyatukan rakyat Malaysia daripada semua lapisan masyarakat.

Penyertaan semula ke dalam arena bola sepak sebagai penaja besar menandakan niat yang jelas daripada Shopee dalam menyokong dan menaik taraf bola sepak tempatan, terutama melalui perkembangan peringkat akar umbi.

Sejak kerjasamanya bersama MFL bermula, Shopee telah merekodkan hasil yang menggalakkan; aksesibiliti tiket pada platformnya membolehkan lebih ramai peminat untuk menghadiri perlawanan. Pada tahun 2019, bahagian kehadiran di stadium meningkat apabila lebih banyak tiket dibeli di Shopee.

Pada tahun yang sama, peringkat-peringkat akhir Piala FA menyaksikan jualan 15,000 tiket dalam masa beberapa minit sahaja selepas permulaan jualan.

Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau, Shopee berkata, pembangunan sukan adalah komitmen jangka panjang, tetapi ia adalah satu komitmen yang mereka sedia galas kerana diketahui bahawa perubahan tidak boleh berlaku semalaman.

“Perjalanan kami bermula dengan Shopee
memudahkan para peminat dalam kalangan rakyat Malaysia menghadiri perlawanan yang mereka inginkan dengan menjual tiket di platform kami.

“Selain daripada mendekati peminat bola
sepak dan kelab yang sedia ada, kami bertanya kepada diri sendiri bagaimana kami boleh membantu MFL menarik lebih ramai rakyat Malaysia untuk menyokong bola sepak tempatan tanpa mengira sama ada mereka peminat sebuah kelab.

“Kami tahu bahawa jawapannya terletak
dalam kemudahan dan eksklusiviti. Dalam usaha mencapai matlamat ini, kami kini
memperkenalkan manfaat baharu bagi mereka yang membeli tiket di Shopee,” katanya.

Ho menambah, kemudahan-kemudahan eksklusif termasuk Laluan Tetamu Khas (Special Guest Lane) dan kawasan tempat duduk yang khusus untuk Shopee.

“Bagi perlawanan yang terpilih sahaja, peminat bola sepak yang membeli tiket mereka di Shopee boleh menikmati Laluan Tetamu Khas untuk memasuki stadium tanpa perlu beratur bersama
pengunjung stadium yang lain.

“Di samping itu, kawasan tempat duduk khusus untuk Shopee akan diadakan untuk mereka supaya mereka tidak perlu berasak-asak dengan penonton yang lain bagi mendapatkan tempat duduk yang baik untuk menonton perlawanan,” ujarnya.

Shopee juga mengembalikan promosi Beli 1 Percuma 1 kegemaran ramai untuk tiket perlawanan menerusi pelbagai kempen membeli-belah platform tersebut seperti Shopee 3.3 Mega Sale yang berlangsung dari sekarang hingga 3 Mac 2020.

Hamidin alu tajaan Shopee

Sementara itu, menurut Presiden MFL, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin, pihaknya sentiasa mengalu-alukan penajaan atas nama merancakkan industri bola sepak tempatan.

“Ini adalah tahun ketiga berturut-turut Shopee sebagai penaja dalam Liga Malaysia. Saya yakin bahawa kehadiran Shopee di seluruh negara dan manfaat baharu daripada kerjasama kami akan membantu menggalakkan dan meningkatkan jualan tiket dan barangan kelab.

“Kami berharap dapat mengekalkan momentum pertumbuhan yang dicapai dalam tempoh dua musim yang lalu.

“Dengan pengesahan Shopee sebagai Penaja Kejohanan Piala FA, Liga Malaysia kini berjaya memperoleh tiga penaja. Penajaan Telekom Malaysia (TM) akan menyaksikan Piala Malaysia
dijenamakan sebagai TM Piala Malaysia dan penajaan CIMB akan menyaksikan Liga Super dijenamakan semula sebagai CIMB Liga Super. Sementara itu, Piala FA akan dikenali sebagai Shopee Piala FA untuk musim 2020.

“Bagi pihak MFL, kami amat berbesar hati untuk meneruskan kerjasama ini bersama Shopee. Adalah menjadi harapan kami agar lebih banyak organisasi di
Malaysia akan berminat untuk mengikuti jejak langkah ini dan menyokong pasukan bola sepak tempatan,” tambah Datuk Haji Hamidin.

Shoope suntik elemen debaran

Sementara itu, Dato’ Ab Ghani Hassan, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MFL, percaya kehadiran Shopee sebagai penaja Piala FA untuk kali ketiga berturut-turut akan menjadikan kejohanan ini lebih menarik kerana ia mendapat liputan yang lebih besar melalui kehadiran pasukan amatur tempatan.

“Saya ingin mengalu-alukan kehadiran Shopee untuk musim ketiga. Ini kerana, jenama Shopee sudah sinonim dengan persaingan Piala FA.

“Menyambung tradisi yang kami perkenalkan musim lalu, Shopee Piala FA menyaksikan kehadiran kelab amatur yang diberi peluang untuk bersaing dengan kelab elit dari Liga Perdana dan Liga Super.

“Piala ini melakar sejarah tahun lalu dengan penampilan pasukan amatur terbesar di negara ini. Memandangkan jumlah ini terus meningkat, kami yakin bahawa kami berjaya menyuntik lebih banyak debaran dalam kancah bola sepak tempatan,” kata Dato’ Ab Ghani.

Shopee Piala FA 2020 akan menyaksikan 39 kelab amatur bersaing pada pusingan awal. Sebaik sahaja perlawanan play-off dan perlawanan pusingan pertama berakhir, 12 kelab amatur akan meneruskan perjuangan mereka menentang 20 pasukan CIMB Liga Super dan Liga Perdana di pusingan kedua.

Tiket ke Shopee Piala FA 2020 boleh didapati dari hari ini di http://www.shopee.com.my/m/mfl

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: