Uncategorized

Kuala Lumpur sasar layak ke Liga Super 2021


Imej skuad bola sepak Kuala Lumpur yang tercalar teruk bakal dibersihkan kembali musim ini.

Ia berikutan sasaran ditetapkan oleh Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Abdul Samad yang mahu melihat Kuala Lumpur kembali ke kancah elit Liga Super musim hadapan.

“Target KLFA pada tahun 2020 adalah bertekad untuk berada di kedudukan teratas Liga Premier musim ini sekali gus layak ke Liga Super 2021.

“Saya percaya kombinasi para pemain dan pihak pengurusan boleh memastikan impian kita menjadi kenyataan,” katanya kepada pemberita ketika majlis Majlis Pelancaran Dan Pengenalan Pemain KLFA di Pavilion sebentar tadi.

Dalam pada itu, Khalid juga mahu melihat KLFA dapat mengembangkan ilmu bola sepak dengan modul latihan sedia ada yang lebih sistematik dan berterusan.

Sementara itu, ketua jurulatih, Muhammad Nidzam Adzha Yusoff gembira apabila persiapan pra-musim mereka berjalan dengan baik.

“Alhamdulillah keputusan pramusim kita agak baik. Kita mencatat beberapa kemenangan dalam siri perlawanan persahabatan.

“Keputusan bukanlah diutamakan. Tetapi, kombinasi dan persefahaman pasukan lebih penting. Semua pemain dicuba dan diturunkan,” katanya.

Mengulas prestasi kesemua awang import, Muhammad Nidzam Adzha akui berpuas hati persembahan mereka setakat ini.

“Sejak Disember kita nampak ada peningkatan cuma pemain import keempat yang masih dalam proses ‘build up’,” ujarnya.

Dia juga optimis KLFA dapat mencapai misi dan sasaran layak beraksi ke Liga Super 2021.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d