Uncategorized

SportDirect.Com terus lebarkan sayapnya

SYARIKAT penjualan pelbagai produk sukan terkemuka SportDirect.Com terus melebarkan sayapnya dalam memasarkan produk barangan sukan apabila telah membuka kedai baharu ke-30 di Bangsar Village 3, baru-baru ini. 

Kedai baharu berkonsepkan elevated superstore di Bangsar Village 3, Kuala Lumpur ini mempunyai keluasan hampir 18,000 kaki persegi juga merupakan cawangannya ke-30 di Malaysia sejak ditubuhkan pada 2011.

Pengarah Urusan Sport Direct Malaysia, Paul Gibbons berkata, konsep ditampilkan bertujuan meningkatkan pengalaman pelanggan semasa berkunjung dan membeli-belah di Sport Direct.

“Kami terus membangunkan konsep kedai baru ini sebagai sebahagian daripada strategi untuk meningkatkan pengalaman pelanggan ketika membeli belah.

“Tujuan utamanya adalah untuk menyampaikan nilai dan variasi terkini dalam format yang segar dan mudah dibeli di pelbagai zon sukan dan gaya hidup,” katanya pada majlis pelancaran kedai berkenaan baru-baru ini.

Sehingga kini terdapat lapan kedai yang berkonsepkan ‘elevated supertsore’ di beberapa buah pusat beli belah di seluruh negara.

Sembilan cawangan lagi akan dibuka dalam tempoh 18 bulan akan datang. Tiga daripadanya akan dibuka sebelum April ini bertempat di Tropicana Garden Mall, One Utama Shopping Centre dan Sunway Iskandar Big Box, Johor.

Pada masa sama, Gibbons menjelaskan pembukaan kedai berkonsepkan demikian juga menandakan rancangan Sport Direct yang bersedia untuk eksport konsep tersebut di luar negara.

“Bermula tahun ini, kedai-kedai yang dirancang terletak Singapura dan perbincangan sedang dijalankan untuk Indonesia, Thailand dan Filipina,” katanya.

Kedai baharu Sport Direct ini berkonsepkan ‘elevated store’. Konsep ini ditampilkan bagi memberi pemandangan yang segar dan memudahkan pelanggan membeli-belah menerusi pelbagai zon sukan dan gaya hidup.

Pelbagai barangan sukan boleh didapati disini yang menawarkan harga berbaloi antaranya SD Football, SD Running, SD Training (kecergasan, latihan silang, peralatan gimnasium, berat, boxing, yoga), SD Rackets (badminton, tenis, skuasy), SD Swimming (kolam renang, pantai, sukan air), SD Sports (bola keranjang, ragbi, sukan ekstrem, berbasikal, skate dan sukan indoor), SD Lifestyle (kanak-kanak, wanita & lelaki) & SD Outdoor (kembara, trekking, berkhemah & memancing).

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: