Uncategorized

Petronas LTdL 2020 ditutup dengan sejarah baru

BERDEPAN pelbagai ketidak tentuan sebelum bermula penganjurannya, tirai edisi ke-25 PETRONAS Le Tour de Langkawi 2020 (LTdL) ditutup dengan sejarah baru seperti yang dapat disaksikan ratusan ribu peminat yang mengikuti secara dekat jelajah kebanggaan negara itu.

Malah, kelancaran perlumbaan yang dibawa Human Voyage Sdn Bhd itu, meningkat ke aras baru, sama ada dari segi kelancaran perjalanan perlumbaan, mahu pun kejayaan yang diraih pelumba dan pasukan tempatan.

Pertama kali dianjurkan mengikut status format baru Pro Series Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI), LTdL yang kononnya akan berlangsung suram disebabkan hanya ada satu penampilan pasukan World Team NTT Pro Cycling sebaliknya tetap berlangsung meriah dan mendapat sambutan hangat, sama ada di kalangan ribuan peminat yang memenuhi lokasi mula-tamat, berbaris di sepanjang laluan mahupun peminat yang mengikuti di dunia maya.

Malah wabak coronavirus yang melanda hingga menyebabkan dua pasukan berpangkalan di China terpaksa menarik diri menjelang bermula acara memanas badan Perlumbaan Kriterium Malaysia di Kota Kinabalu, turut mengundang rasa skeptikal terhadap penganjuran kali ini.

Sejak awal juga, pengalaman buruk edisi kedua pada 1997 banyak diperkatakan tetapi penganjur tetap memberanikan diri untuk membawa LTdL sekali lagi ke Sabah dan Sarawak, dan terbukti kecekapan para petugas kali ini membolehkan perlumbaan di Kota Kinabalu dan Kuching dilangsungkan dengan jayanya.

Masalah logistik yang menghantui LTdL di Borneo dapat dikikis, dan KetuaPegawaiOperasi (COO) Human Voyage, Shahaizereen A Hamid berkata, tidak mustahil untuk membawa jelajah itu menyeberangi Laut China Selatan, jika ada permintaan.

Selain strategi bekerjasama dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) untuk menarik kedatangan orang ramai, turut memberi kejayaan dari segi bilangan pengunjung di lokasi penamat.

Jadi boleh dikatakan, perjalananLTdL kali ini berlangsung baik, bermula dari Sabah dan Sarawak sebelum berpindah ke Semenanjung dan berakhir di Pulau Langkawi hari ini.

Sama ada kita akan membawanya lagi ke Sabah dan Sarawak, segala-galanya tertakluk kepada perbincangan dengan pihak Kementerian Belia danSukan (KBS) serta kerajaan negeri yang sangat positif dalam maklum balasnya, selepas berakhir LTdLini.

Lebih daripada itu, LTdL ini juga memahat sejarah tersendiri apabila pelumba tempatan, Harrif Saleh (Terengganu Inc TSG Cycling Team) dan Muhamad Nur AimanZariff (Team Sapura Cycling) turut mengukir nama sebagai pemenang, sekaligus memberi petunjuk ada peningkatan yang besar dari segi mutu kayuhan pelumba Malaysia sendiri.

“Jadi saya 100 peratus berpuas hati dan menganggap edisi jubli perak LTdL ini memberi kejayaan besar, walaupun mungkin ada kekurangan di sana sini.

“Kami akan cuba menambah baik supaya LTdL ini dapat dianjurkan dengan lebih baik dan meriah supaya menepati matlamat asal penganjurannya untuk mempromosi pelancongan sukan di negara ini,” katanya dalam sidang media selepas berakhir jelajah lapan peringkat LTdL, semalam.

Malah, tanpa menyebut pasukan mana, Shahaizereen berkata, pihak penganjur turut dihubungi dua pasukan bertaraf World Team dari Eropah yang meminta agar undangan dihulurkan kepada mereka bagi penganjuran tahun depan.

Sementara itu, PETRONAS, sebagai penaja utama, turut melahirkan rasa puas hati atas kejayaan penganjuran edisi ke-25 LTdLini, yang dilihat berjaya meningkatkan faedah ekonomi dan sosial kepada masyarakat setempat dan seluruh negara.

Presiden dan KetuaPegawaiEksekutif Kumpulan PETRONAS, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata, PETRONAS Le Tour de Langkawi 2020 menepati statusnya sebagai acara jelajah berbasikal berprestij yang membantu mempromosikan kecemerlangan sukan dan secara tidak langsung memacu industri pelancongan negara.

Penganjuran yang lancar itu bertambah bermakna dengan kejayaan dua peringkat pelumba tempatan Harrif Saleh dan pasukan Sapura.

Dengan usia LTdL itu sendiri mencecah usia matang dengan sejarah panjang 25 tahun, tidak dapat dinafikan LTdL semakin sebati dalam kalangan rakyat Malaysia yang sentiasa mahu melihat ia berkembang dan membesar dengan positif di masa akan datang.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: