Uncategorized

Contohi KLFA

PRSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menyifatkan Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) sebagai ahli gabungan yang cemerlang dalam memenuhi syarat-syarat pelesenan kelab mengikut jadual yang ditetapkan.

KLFA setakat ini menerima lesen pelesenan kelab selama tiga tahun berturut-turut sejak 2018 malah adalah kelab yang pertama menerima lesen perlesenan kelab pada tahun 2019.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, KLFA dilihat komited dalam aspek pembangunan bola sepak dan layak dipuji memandangkan selain lesen FAM, KLFA turut menerima pelesenan kelab daripada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) bagi tahun 2020.

“Perkara utama yang dibincangkan ialah isu semasa berkaitan bola sepak tempatan serta usahasama antara FAM dengan KLFA khususnya dan kemas kini Peraturan Pelesenan Kelab FAM 2020 iaitu memprofesionalkan pasukan menerusi tiga pilihan dalam proses pertukaran daripada FA kepada FC untuk saingan liga,” katanya dalam kunjungan hormat FAM kepada KLFA yang diadakan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.

Hadir sama Presiden KLFA yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd Samad bersama barisan Exco KLFA. Turut hadir Exco FAM.

KLFA turut membentangkan program pembangunan kelab dan perancangan pemasaran bermula daripada tahun 2020 sehingga 2025.

Sementara itu, Khalid berkata, pihaknya berharap FAM akan membantu KLFA dengan khidmat nasihat untuk berada ke tahap yang lebih cemerlang musim ini.

“Kami berharap semua berjalan dengan baik musim ini untuk mencapai misi naik semula ke Liga Super musim depan,” katanya.

Kunjungan hormat ke atas KLFA adalah yang kesepuluh selepas FAM ke Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan, PDRM FA, Majlis Sukan India Malaysia (MISC), Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia (PBMM), Persatuan Bolasepak Cina Malaysia (MCFA), Persatuan Bolasepak Pulau Pinang, Kedah, Sabah dan Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM).

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: