Uncategorized

Kelantan United FC mahu ke Liga Super 2021

Kapten KUFC, Mohd Shahrizan Ismail menyampaikan jersi kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob sambil diperhatikan Datuk Che Abdullah Mat Nawi (kiri) pada majlis pengenalan pasukan di Kota Bharu, malam tadi. Foto kredit : KELANTAN UNITED FC

Pendatang baru Liga Premier, Kelantan United FC meletakkan sasaran tinggi mahu beraksi dalam saingan Liga Super musim 2021.

Presiden KUFC, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, musim ini adalah masa terbaik untuk pasukannya sekali lagi mengulangi pencapaian menakjubkan biarpun pertama kali bertanding dalam liga profesional itu.

“Saya letak sasaran awal pada tahun lalu maknanya dalam masa tiga tahun kita akan masuk ke Liga Super.

“Tahun lalu kita dah jadi juara Liga M3 dan masuk ke Liga Premier, jadi (sekarang) kita ada tempoh dua tahun. Tapi kenapa kita perlu ambil masa dua tahun ini ?,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis memperkenalkan KUFC, pelancaran bas pasukan, jersi serta kelab penyokong itu di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam tadi.

Majlis yang diadakan serentak dengan Pelancaran Liga Elit Dun itu disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

KUFC layak secara automatik ke Liga Premier selepas muncul juara edisi sulung liga amatur M3 yang diperkenalkan pada musim lalu.

Che Abdullah memberitahu, beliau optimis KUFC yang dibimbing jurulatih berpengalaman, Zahasmi Ismail mampu membawa kelab itu menduduki kelompok lima pasukan terbaik.

“Kita yakin dengan kemampuan jurulatih, pasukan yang dibentuk ini boleh memberi cabaran dalam Liga Premier.

“Kita mengekalkan hampir 70 peratus muka lama dengan melakukan penambahbaik membawa masuk beberapa pemain baru,” katanya.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: