UiTM juara keseluruhan Sukan MASUM Fasa 1, 2020

Scroll down to content

Kontinjen Universiti Teknologi Mara (UiTM) mendominasi Karnival Sukan Masum Fasa 1, yang berlangsung pada 30 Januari hingga 6 Februari 2020 bertempat di UiTM cawangan Perlis dengan mengutip 22 pingat emas, 17 perak dan 10 gangsa.

UiTM muncul sebagai juara keseluruhan Masum Fasa 1 dengan mengatasi Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dengan kutipan pingat lapan emas, empat perak dan enam gangsa manakala Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM ) tempat ketiga dengan tujuh emas, empat perak dan lapan gangsa.

Pasukan Karatedo UiTM mengutip (3 emas, 2 perak, dan 2 gangsa), catur (4 emas, 1 perak dan 2 gangsa), woodball (4 emas, 1 perak dan 1 gangsa) dan silat (6 emas , 2 perak) beraksi dengan cemerlang kerana masing-masing menjadi juara keseluruhan bagi acara-acara tersebut.

Masum fasa 1 mempertandingkan 11 acara sukan, Kontinjen UiTM dengan seramai 184 orang atlet dan 29 pegawai terlibat pada temasya sukan tersebut.

Menurut Ketua Kontinjen UiTM, Haji Mohd Fisol Haji Saud juga merupakan Timbalan Pengarah Pusat Sukan UiTM kejayaan mengungguli sukan Masum Fasa 1 ini adalah sokongan yang berterusan dari pihak Pengurusan tertinggi UiTM, latihan pusat yang berkala dan semangat juang yang tinggi oleh para atlet UiTM serta jurulatih pasukan.

Lebih manis lagi UiTM mempertahankan kejuaraan yang dimenangginya pada tahun 2018 dan 2019 serta berharap UiTM akan terus cemerlang pada Sukan Masum Fasa 2, yang akan berlangsung di UiTM Shah Alam pada Julai nanti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: