Uncategorized

Kami Sedia Sahut Cabaran Musim Baharu 2020

2019 adalah tahun yang membanggakan buat sukan permotoran Malaysia di pentas dunia apabila PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team berada di tangga pertama dan kedua apabila Fabio Quartararo dari Itali telah berjaya ke podium pertama di Jerez dengan hanya dua perlumbaan disusuli oleh Franco Morbidelli dari Itali yang berada di urutan kedua perlumbaan di Barcelona.

Sempena majlis pengenalan jentera baharu motogp 2020 yang diadakan di Litar Sepang baru-baru ini ,PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team memperkenalkan jentera Yamaha YZR-M1s Factory dimana warna dan rekabentuk 2019 masih di kekalkan. Manakala Penunggang harapan mereka Franco dan Fabio tidak sabar untuk menguji jentera terbaharu mereka. Sementara di Moto2 skuad ini ditambah menjadi dua pelumba dengan pembalap Xavi Vierge bergabung bersama pembalap Jake Dixon dari Spanyol manakala John McPhee di kelas Moto3 bergabung bersama Khairul Idham Pawi.

Pada akhir tahun 2019, PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team telah Berjaya sebagai Team Independen Teratas di MotoGP, Pembalap Independen Teratas di MotoGP Fabio Quartararo dan Rookie of the Year di MotoGP.

Prinsipal pasukan, Datuk Razlan Razali, berkata pasukannya berhasrat memperbaiki dalam semua aspek walaupun berdepan dengan harapan dan tekanan yang tinggi.“Memang tahun ini jangkaan dan tekanan lebih tinggi kalau dibandingkan dengan 2019 dan setakat ini kita tidak mahu buat sebarang ramalan sehingga kita menguji jentera baharu bermula esok. “Dari segi keseluruhan kita nak lebih baik di segenap aspek dan memperbaiki kedudukan pasukan pada musim ini”.

Mengenai motivasi penunggang pasukan, Razlan percaya Quartararo dan rakan sepasukan, Franco Morbidelli bersedia menyahut cabaran musim baharu. Apatah lagi, Quartararo sudah menandatangi kontrak bersama Yamaha sehingga 2022, Razlan berkata ia akan menjadi rangsangan untuk Morbidelli meningkatkan prestasi sepanjang musim ini.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: