
Oleh : SUBKHI SUDARJI / IZARI ROSLI (FOTO)
PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sebentar tadi telah menyempurnakan Lambaian Juara Demi Malaysia sempena perlepasan kumpulan kontinjen negara ke Tokyo, Jepun bagi menyertai temasya Sukan Olimpik edisi ke-32 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Perlepasan pada hari ini melibatkan rombongan kedua dan yang terbesar iaitu seramai40 orang ahli kontinjen negara yang terdiri daripada 18 orang atlet daripada sukan Badminton, Gimnastik, Terjun , Renang dan Memanah serta 22 orang jurulatih dan pegawai Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) yang akan bertugas secara rasmi disana.
Rombongan pertama skuad negara telah bertandang di bumi matahari terbit pada 8 Julai lalu melibatkan atlet dan jurulatih sukan pelayaran.
Semasa berucap dihadapan para atlet, Perdana Menteri telah merakamkan ucapan tahniah kepada 30 atlet negara yang bakal mewakili negara ke temasya sukan berprestij diperingkat antarabangsa ini.
Beliau juga berharap kontinjen negara sentiasa menjaga keselamatan dan kesihatan ketika berada disana disamping mematuhi SOP yang telah ditetapkan pihak penganjur kejohanan dalam memastikan tiada sebarang risiko jangkitan Covid-19 berlaku.
Perdana Menteri turut melahitkan rasa terharu beliau atas kesungguhan dan pengorbanan kesemua atlet yang bakal bersaing di Tokyo nanti.
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang turut hadir pada sesi berkenaan memaklumkan bahawa meskipun berharapan dengan pelbagai cabaran kesemua atlet yang terpilih telah mengikuti latihan berpusat secara kuarantin di lima buah fasiliti MSN, Bukit Jalil sejak 16 bulan lalu.






Add Comment