
RAKYAT Malaysia kini boleh merasai kemeriahan FIFA World Cup 2026™ bersama Rexona dan Clear Men melalui pelbagai aktiviti menarik, promosi khas di kedai-kedai terpilih serta pek edisi terhad FIFA World Cup 2026™.
Kedua-dua jenama ini juga memperkenalkan inovasi produk baharu yang direka untuk membantu pengguna kekal segar dan tampil yakin setiap hari.
Di Malaysia, bola sepak bukan sekadar sukan. Ia adalah minat yang menyatukan orang ramai. Sama ada berkumpul untuk menonton perlawanan bersama rakan-rakan ataupun meraikan setiap jaringan dengan penuh semangat, bola sepak sentiasa membawa keterujaan tersendiri.
Semangat inilah yang menjadi inspirasi kepada kempen Rexona dan Clear Men untuk membawa kemeriahan FIFA World Cup 2026™ lebih dekat dengan kehidupan seharian rakyat Malaysia.
Bermula Mei ini, para peminat boleh merasai kemeriahan FIFA World Cup 2026™ menerusi pelbagai aktiviti menarik yang akan berlangsung di beberapa lokasi terpilih.
Antara acara utama yang bakal berlangsung ialah Kejohanan Bola Sepak 3v3 Rexona x Clear Men di MyTOWN Shopping Centre dari 5 hingga 7 Jun 2026. Acara ini akan membawakan aksi bola sepak jalanan yang penuh bertenaga, dengan hadiah bernilai RM6,000 untuk dimenangi.
Pengunjung juga berpeluang bertemu personaliti bola sepak tempatan termasuk Safawi Rasid, menyaksikan persembahan freestyle football serta menikmati pelbagai aktiviti interaktif khas untuk peminat bola sepak.
Selain itu, Rexona Arctic Station yang akan berlangsung di Stesen MRT Bukit Bintang dari 15 hingga 19 Jun 2026 bakal menawarkan pelbagai pengalaman menarik termasuk zon penyejukan khas, sesi mencuba produk serta cabaran bertemakan bola sepak untuk para pengunjung.
Dalam kemeriahan aktiviti yang penuh bertenaga ini, kekal segar dan yakin semakin penting. Sempena FIFA World Cup 2026™, Rexona memperkenalkan rangkaian baharu Rexona Men Arctic Rush manakala Clear Men tampil dengan syampu Clear Men Ultra Hydro Boost – kedua-duanya direka khas untuk memenuhi gaya hidup lelaki yang aktif dan sentiasa bergerak.
Pengarah Pemasaran serta Strategi dan Perancangan Pelanggan, Unilever Malaysia, Farhana Mohd Nasir, berkata, bola sepak mempunyai cara tersendiri untuk menyatukan orang ramai dan membangkitkan semangat yang luar biasa.
“Kita dapat melihatnya melalui cara peminat memberi sokongan, meraikan setiap detik dan berkumpul bersama. Menerusi kerjasama kami bersama FIFA World Cup 2026™, kami mahu menjadi sebahagian daripada momen istimewa ini dan membawa kemeriahan tersebut lebih dekat kepada rakyat Malaysia.”
“Dalam kemeriahan dan keterujaan ini, kami juga faham bahawa aktiviti sebegini boleh menjadi agak mencabar dan memenatkan.
“Dengan Rexona dan Clear Men, kami mahu hadir dengan produk yang mampu memenuhi keperluan lelaki masa kini – sama ada untuk membantu badan kekal segar dan kering ataupun memastikan kulit kepala kekal selesa sepanjang hari,” katanya.






Add Comment