Antarabangsa Permotoran Terkini

Hakim Danish sedia harungi GP Itali !!!

Keyakinan Hakim turut diperkukuh dengan rekod baik di Mugello yang bukan asing buat dirinya.

HAKIM DANISH RAMLI kini bersedia mengharungi cabaran Pusingan 7 menerusi Grand Prix (GP) Itali yang dijadual berlangsung di Litar Mugello bermula 29 hingga 31 Mei ini.

Selepas mempamerkan aksi memberangsangkan dengan menamatkan perlumbaan GP Catalunya di kedudukan ketujuh keseluruhan, Hakim Danish kini hadir ke Mugello dengan keyakinan lebih tinggi untuk meneruskan rentak positif selain memburu keputusan lebih baik dalam saingan Moto3 musim ini.

Prestasi di Catalunya menyaksikan pelumba pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSI itu bersaing dalam kelompok hadapan sepanjang perlumbaan dan hampir meraih podium sebelum kesilapan kecil pada pusingan terakhir memaksanya berpuas hati di tempat ketujuh.

Bagaimanapun, pencapaian tersebut tetap memberi suntikan semangat apabila Hakim berjaya mengutip sembilan mata berharga, sekali gus meningkatkan jumlah keseluruhan kepada 27 mata selepas enam pusingan.

Berbekalkan momentum itu, pelumba kelahiran Terengganu berusia 18 tahun tersebut mahu terus konsisten mengutip mata selain mencabar diri untuk merealisasikan impian meraih podium pertama di pentas dunia Moto3.

Tumpuan utama Hakim ketika ini adalah memastikan permulaan positif seawal sesi latihan bebas Jumaat bagi membolehkan beliau mencatat masa kompetitif dan mengesahkan slot automatik ke sesi kelayakan kedua (Q2).

Musim lalu dalam saingan Red Bull MotoGP Rookies Cup, Hakim berjaya menamatkan Race 2 di tempat kedua, membuktikan kemampuannya menguasai karakter litar berkelajuan tinggi itu.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading