Antarabangsa Terkini

BYON COMBAT SHOWBIZ 7 akhirnya tiba di Malaysia !!!

BYON kini dibawa ke Malaysia, membuka peluang kepada peminat tempatan untuk merasai evolusi baharu dalam dunia sukan tempur.

 

Kuala Lumpur, siap sedia! BYON COMBAT SHOWBIZ 7 akhirnya tiba di Malaysia, menandakan kemunculan sulungnya di pentas antarabangsa menerusi kerjasama strategik bersama penganjur tempatan, Kharisma Music International.

Susulan kejayaan mencetuskan fenomena di Indonesia, kehadiran BYON ke ibu negara bukan sekadar membawa sebuah acara, tetapi memperkenalkan dimensi baharu yang menggabungkan intensiti sukan tempur dengan skala hiburan moden dalam satu pengalaman yang menyeluruh.

Acara yang dijadualkan berlangsung pada 25 April 2026 di World Trade Centre Kuala Lumpur ini menyasarkan kehadiran lebih 3,000 penonton, mencerminkan keyakinan terhadap perkembangan pesat komuniti peminat sukan tempur tempatan.

Sebagai platform sukan tempur 360 darjah, BYON mengangkat keseluruhan pengalaman, daripada disiplin seperti tinju dan “kickstriking” hingga ke cara ia dipersembahkan, dengan produksi visual bertaraf antarabangsa.

Kejayaan edisi terdahulu yang mencatat lebih 536,000 pembelian Pay-Per-View (PPV) serta ratusan juta tontonan digital terus mengukuhkan kedudukan BYON sebagai antara platform paling berpengaruh di rantau ini.

Berbekalkan momentum tersebut, BYON kini dibawa ke Malaysia, membuka peluang kepada peminat tempatan untuk merasai evolusi baharu dalam dunia sukan tempur.

Paling dinanti, edisi kali ini menyaksikan barisan petarung elit dari Malaysia dan Indonesia berkongsi satu pentas, menjanjikan aksi berintensiti tinggi serta pertembungan berprofil besar yang ditunggu peminat di kedua-dua negara.

Selari dengan identiti “showbiz,” BYON COMBAT SHOWBIZ 7 melangkaui aksi di gelanggang dengan rangkaian aktiviti yang menghidupkan keterlibatan peminat. Antara pengisian termasuk sidang media rasmi, sesi “face-off,” “weigh-in” serta pelbagai aktiviti promosi menjelang hari pertarungan.

Penganjuran ini turut diperkukuh menerusi kerjasama strategik antara Media Prima dan Vidio dalam memperluas capaian kepada penonton serantau.

Dengan penstriman eksklusif di Vidio, peminat kini boleh menyaksikan sendiri kehangatan BYON7 pada harga RM17 di Malaysia, sekali gus membawa pengalaman “combat showbiz” yang penuh adrenalin terus ke skrin anda.




Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading