Antarabangsa Bola Sepak Gaya Hidup Terkini

Brooks Sunway Piramid terap falsafah lebih dekat dengan komuniti

Pelancaran itu melambangkan pencapaian baharu untuk pengembangan Brooks di Malaysia

JENAMA kelengkapan sukan larian terkemuka, Brooks,  merasmikan pembukaan cawangan kedai konsep baharunya di Malaysia yang terletak di Sunway Pyramid dengan membawa falsafah Let’s Run There lebih dekat dengan komuniti larian di Malaysia.

Ia merupakan kedai konsep Brooks baharu kedua di Malaysia dengan zon ufuk dan mesin analisis gaya berjalan terkini.

Acara pembukaan besar-besaran dihadiri lebih 100 tetamu, termasuk VIP, atlet kebangsaan, duta jenama serta ahli media dan pada majlis itu juga memperlihatkan komitmen Brooks terhadap inovasi, penglibatan komuniti dan pengalaman runcit premium.

Pengarah Urusan Paragon Vest Sdn Bhd ,Tiew Cheng Tai berkata, kedai ini mewakili lebih daripada sekadar ruang runcit tetapi ia juga merupakan hab untuk komuniti larian.

“Kami teruja untuk mendekatkan Brooks dengan pelari Malaysia dan menyediakan mereka dengan kasut dan pakaian prestasi terbaik,” ujarnya pada majlis perasmian tersebut.

Pelancaran itu melambangkan pencapaian baharu untuk pengembangan Brooks di Malaysia dan pelaburan berterusannya dalam memberi inspirasi kepada pelari dari semua peringkat.

Sedikit info, cawangan Brooks di Sunway Pyramid menawarkan pengalaman premium dan antara yang unik adalah ia menyediakan ruang ‘horizon zone’ serta dilengkapi mesin analisis gaya larian (gait analysis) yang canggih.

Menerusi teknologi itu, ia akan memberikan penilaian tepat bagi membantu pelari mendapatkan padanan kasut yang paling sesuai dengan biomekanik larian mereka.

Terletak di salah satu destinasi membeli-belah utama Malaysia, kedai Brooks di Sunway Pyramid menawarkan rangkaian peralatan larian yang komprehensif yang direka untuk menyokong pelari dalam mencapai prestasi terbaik mereka, sama ada mereka pemula atau atlet berpengalaman.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading