Antarabangsa Bola Sepak Terkini

Predator League dan F50 League SS26 tambah keyakinan prestasi dan semangat akar umbi

Memaksimumkan kepantasan, kawalan dan pembuatan keputusan agar mereka dapat beraksi pada tahap yang terbaik dalam setiap fasa permainan

SPORTS Direct Malaysia memperkenalkan kasut bola adidas Predator League dan F50 League SS26 yang akan membawa kepada prestasi bola sepak dan semangat akar umbi serta akan menjadi pilihan peminat-peminat sukan bola sepak.

Majlis pengenalan Predator League dan F50 League SS26 telah diadakan pada majlis Sports Direct x adidas: STRIKE, hujung minggu lalu yang turut dihadiri pemain bola sepak profesional Wan Zack Haikal dan Haykal Danish.

Acara ini menyaksikan pasukan-pasukan tempatan bersaing dalam perlawanan pantas berintensiti tinggi, sambil
mencuba kasut adidas Predator League dan F50 League SS26 dalam keadaan perlawanan sebenar.

Bertempat di Pusat Latihan Selangor FC, STRIKE menonjolkan pasukan-pasukan bola sepak amatur dan sosial sebagai tumpuan utama melalui pengalaman hari perlawanan kompetitif 5-lawan-5 yang dibentuk oleh kepantasan, kemahiran dan detik-detik penentu.

Dari perlawanan peringkat kumpulan sehingga ke aksi final, acara ini mencerminkan intensiti dan tenaga bola sepak di peringkat komuniti.

Suasana hari perlawanan turut dimeriahkan dengan persembahan DJ secara langsung oleh DJ Ziqq serta persembahan nyanyian oleh Lil J, menjadikan acara ini gabungan unik antara sukan, hiburan dan budaya.

Antara sorotan utama acara ini ialah kehadiran pemain bola sepak profesional Wan Zack Haikal dan Haykal Danish yang menyertai aksi di peringkat akhir sebagai tetamu khas, bermain bersama para finalis.

Wan Zack mengenakan kasut bola sepak adidas F50 League Firm Ground, manakala Haykal tampil dengan adidas Predator League Firm Ground Boots, memberi peluang kepada para penonton melihat sendiri kepantasan, kawalan dan teknik permainan pada tahap profesional dalam situasi perlawanan sebenar.

Pengurus Besar APMEA di Frasers Group,David Forsey,  berkata, idea di sebalik STRIKE adalah untuk memberikan bola sepak tempatan satu platform yang nyata dan bermakna.

“Dengan meletakkan pasukan-pasukan tempatan sebagai tumpuan utama, kami meraikan peringkat permainan di mana komuniti, persaingan dan semangat bersatu secara semula jadi,” ujarnya.

Pengurus Kanan Jenama, adidas Malaysia,Sarah Tam pula memaklumkanm di adidas, kami menghasilkan rekaan kasut bola sepak untuk beraksi semasa perlawanan sebenar, di atas padang, dalam detik-detik sebenar.

“Melihat Predator dan F50 digunakan dalam keadaan perlawanan secara langsung ini menyerlahkan bagaimana setiap kasut direka untuk menyokong gaya permainan yang berbeza.

“Pada masa sama ia membantu pemain memaksimumkan kepantasan, kawalan dan pembuatan keputusan agar mereka dapat beraksi pada tahap yang terbaik dalam setiap fasa permainan,” katanya.

Kasut Bola Sepak adidas Predator League dan F50 League Firm Ground yang diketengahkan semasa STRIKE kini boleh didapati secara dalam talian dan di kedai-kedai Sports Direct pada harga bermula dari RM179 hingga RM1,099 bergantung kepada model dan konfigurasi tertentu.

MPKj FC dinobatkan sebagai juara.

Add Comment

Click here to post a comment