Antarabangsa Golf Terkini

PGM lancar kalendar PGM Tour 2026 !!!

PGM Tour akan menganjurkan 10 kejohanan lelaki dan 9 kejohanan wanita

PROFESSIONAL Golf of Malaysia (PGM) telah melancarkan Kalendar PGM Tour 2026 di Kelab Golf Seri Selangor, sejurus tamatnya Sekolah Kelayakan PGM 2026 yang berlangsung dari 27 hingga 29 Januari.

Seramai 59 pemain golf mengambil bahagian dalam Sekolah Kelayakan tersebut bagi merebut kad PGM Tour, termasuk bersaing untuk tiga tempat ke kejohanan ADT akan datang, PKNS Selangor Masters.

Bagi musim 2026, PGM Tour akan menganjurkan 10 kejohanan lelaki dan 9 kejohanan wanita. Satu kejohanan utama wanita akan diadakan pada Oktober 2026 di Mines Resort & Golf Club, menawarkan hadiah wang tunai RM200,000dan terbuka kepada semua pemain golf wanita Malaysia, profesional dan amatur.

Antara venue yang akan menjadi tuan rumah PGM Tour 2026 ialah Kelab Golf Seri Selangor, KGPA, Saujana Golf & Country Club, Bukit Jawi Golf Resort, Royal Pekan Golf Club, Royal Pahang Golf Club, Port Dickson Golf & Country Club, Tiara Melaka Golf & Country Club, Mines Resort & Golf Club dan Palm Resort Golf & Country Club.

PGM merakamkan penghargaan kepada semua kelab yang menyokong penganjuran PGM Tour 2026, serta kepada Pesuruhjaya Sukan Malaysia atas pelanjutan lesen dan Persatuan Golf Malaysia (MGA) atas pengiktirafan kejohanan. Asian Tour turut meneruskan kerjasama strategik dengan PGM bagi menyediakan peluang kejohanan kepada pemain PGM Tour di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Tahun 2026 menandakan tahun ke-16 PGM Tour, selaras dengan misi PGM untuk membangunkan bakat dan meningkatkan standard golf profesional di Malaysia.

PGM turut memberi pengiktirafan kepada pemain yang layak menerima kad PGM Tour 2026, iaitu:
Pang Hee Jie (A), M. Sasidaran, Aiden Kei (A), Allycia Gan, Zia Iqmal (A), Aeron Faizal dan Sameer Raj (A).

Anugerah pengiktirafan turut disampaikan kepada pemenang Order of Merit PGM Tour 2025 bagi kategori lelaki dan wanita. Edven Ying muncul sebagai pemenang kategori lelaki, manakala Liyana Durisic memenangi kategori wanita.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading