Bola Sepak Terkini

Jawatankuasa Bebas perlu diwujudkan pantau NFDP

Dalam pembangunan perlu ada kesabaran, ketelusan, tatakelola dan intergriti

JAWATANKUASA Bebas perlu ditubuhkan bagi memantau prestasi dan penilaian terhadap barisan kejurulatihan baharu Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) termasuklah jawatan Pengarah Teknikal.

Pemerhati dan penganalisis bola sepak tempatan, Dato’ Richard Scully menjelaskan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selaku badan yang dipertanggungjawabkan perlu memastikan jawatankuasa tersebut selari dengan hasrat pembangunan bola sepak.

“Tahniah kepada nama-nama yang dilantik sebagai jurulatih di NFDP yang rata-rata memiliki nama yang gah dan juga mempunyai pengalamam.

“Saya sarankan wujudkan satu jawatankuasa bebas yang berkecuali untuk memantau prestasi dan perkembangan kejurulatihan termasuklah pengarah teknikal kerana mereka berurusan dengan pelajar-pelajar yang diberikan amanah.

“Dalam pembangunan perlu ada kesabaran, ketelusan, tatakelola dan intergriti, perlu ada pemantauan 24 jam bukan sahaja hal ehwal bola sepak tetapi dari segi pembelajaran, pemakanan kerana itu perlu diambil kira dalam pembangunan bola sepak.

“Sebagai rakyat semua perlu bertanggungjawab bagi memastikan bola sepak Malaysia terus maju,” tegasnya.

Richard yang kini menggalas jawatan selaku Pengarah Teknikal di Akademi Villarreal Malaysia berkata, pihaknya juga bersedia menyediakan pemain yang akan menyarung jersi Malaysia pada masa akan datang.

“Matlamat kami sama iaitu melahirkan generasi bola sepak berpendidikan, berkualiti yang akan menyumbangkan sesuatu kepada bola sepak negara,” katanya.

Sebelum ini, FAM telah mengumumkan barisan kejurulatihan dan kakitangan teknikal baharu Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP).

NFDP kini diambil alih dari segi teknikal oleh FAM dengan Datuk Ong Kim Swee dilantik sebagai Pengarah Teknikal NFDP yang baharu manakala Dato’ Dollah Salleh sebagai Penolong Pengarah Teknikal NFDP selain beberapa nama yang ditugaskan selaku ketua jurulatih bagi setiap kategori.

 

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading