Antarabangsa Harimau Malaya Terkini

Kembali sertai Harimau Malaya, Cklamovski dedah punca pemilihan Faisal Halim

Faisal merupakan seorang pemain yang positif dan mengujakan di atas padang

PENGENDALI baharu Harimau Malaya, Peter Cklamovski menjelaskan pemilihan Faisal dibuat selepas dia melihat pemain itu memiliki keinginan dan semangat juang yang tinggi di atas padang.

Tegasnya, Faisal merupakan seorang pemain yang positif dan mengujakan di atas padang namun skuad kebangsaan tidak bergantung hanya kepada seorang pemain sahaja.

” Kekuatan pasukan adalah 11 pemain sama ada untuk menyerang, membuat hantaran dan segala-galanya,” katanya.

Penampilan semula pemain sayap skuad kebangsaan itu selepas hampir setahun dia tidak menyertai skuad kebangsaan sejak menjadi mangsa simbah asid pada awal Mei tahun lalu.

Dalam perkembangan yang sama, Cklamovski memaklumkan ketiadaan pemain warisan baharu dalam senarai berkenaan adalah disebabkan urusan untuk mendapatkan pasport mereka masih belum selesai.

Ujarnya, kemungkinan perkembangan mengenai status pemain warisan itu akan diumumkan minggu depan.

“Proses untuk pemain warisan baharu di peringkat akhir, saya fikir berita yang positif akan hadir minggu depan. Siapa pun yang bermain di atas padang, mereka adalah pemain Malaysia.

“Saya difahamkan kertas kerja di peringkat akhir dan mungkin pasukan kebangsaan akan membuat pengumuman mungkin minggu depan,” katanya pada sidang media di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini.

Seramai 27 pemain yang telah dipanggil kem latihan pusat pertama di bawah Cklamovski akan bermula Isnin ini bagi menghadapi perlawanan pertama Kumpulan F kempen kelayakan Piala Asia 2027 berdepan Nepal di Stadium Sultan Ibrahim pada 25 Mac ini.

Berdasarkan senarai 27 pemain itu, Cklamovski hanya mengekalkan seramai sembilan daripada 26 pemain dari skuad yang beraksi di Piala ASEAN 2024.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading