Terkini

Bekas eksekutif PETRONAS terajui PSM

Kami mahukan gabungan kepakaran Datuk Seri Windsor John yang berpengalaman dalam bola sepak serta Datin Anita

Hannah Yeoh bersama Timbalan Presiden SAM, Izahar Atan menyantuni ahli-ahli SAM.

TEKA-TEKI Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) baharu bagi menggantikan Datuk Hans Isaac terjawab apabila bekas eksekutif PETRONAS, Datin Anita Azrina Abdul Aziz, dilantik  bagi penggal 2025 hingga 2027.

Berita ini dimaklumkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang menyifatkan pemilihan Datin Anita dibuat berdasarkan pengalaman luasnya dalam bidang pentadbiran, penajaan sukan, dan pengurusan strategik.

“Kami mahukan gabungan kepakaran Datuk Seri Windsor John yang berpengalaman dalam bola sepak serta Datin Anita yang mempunyai latar belakang kukuh dalam pentadbiran dan penajaan sukan.

“Saya berharap tempoh lantikan ini dapat memperkukuh usaha yang telah dimulakan sebelum ini,” katanya selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM) di ibu negara.

Hannah Yeoh bersama ahli-ahli  SAM pada majlis berbuka puasa.

Dalam perkembangan yang sama , Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor John, turut dilantik sebagai Timbalan Pengerusi PSM.

Ujarnya, pemilihan kedua-dua individu tersebut merupakan ahli lembaga PSM sebelum ini, justeru kesinambungan usaha yang dimulakan oleh mantan Pengerusi, Datuk Hans Isaac, dapat diteruskan dengan lebih baik.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading