Bola Sepak Terkini

Lautan penyokong JDT tidak gentarkan kami

Ini bukan seperti perlawanan lain. Ia perlawanan hidup mati, jika kalah, kami tersingkir.

LAUTAN penyokong setia Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak akan menggentarkan semangat juang Buriram United menjelang pertembungan menentang tuan rumah pada aksi kedua pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim, malam esok.

Keyakinan ini disuarakan Ketua pasukan Buriram United, , Kenneth Dougal berdasarkan kepada pengalaman beraksi di stadium besar dan melibatkan perlawanan penting, dia yakin skuad kendalian Osmar Loss itu mampu mengawal permainan dan seterusnya mencapai kemenangan yang diinginkan.

“Kami sudah biasa dengan kehadiran puluhan ribu penyokong. Tidak kira bermain di depan 50,000 atau 1,000 penonton, ia tetap perlawanan yang berbeza di tempat lawan.

“Tetapi bagi kami, apa yang penting adalah bagaimana kami mengawal permainan dan seterusnya memastikan kemenangan,” ujarnya.

Pada masa sama, Dougal mengakui aksi berdepan JDT kali ini bukannya aksi biasa kerana pasukan yang tewas bakal tersingkir daripada saingan.

“Ini bukan seperti perlawanan lain. Ia perlawanan hidup mati, jika kalah, kami tersingkir.

“Jadi, kami tahu betapa besarnya perlawanan ini dan kami sudah bersedia untuk segalanya demi kemenangan,” jelasnya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading