Bola Sepak

Nafuzi Zain, KDA FC akhirnya berpisah


Alor Setar, 14 November 2024 – Ketua Jurulatih Kedah Darul Aman (KDA), Nafuzi Zain akhirnya berpisah dengan kelab tersebut selepas meletakkan jawatannya pada Sabtu.

Permohonan beliau telah diterima oleh pihak pengurusan kelab dengan rasa berat hati tetapi penuh hormat.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC, Shahrul Shamsudin, menyatakan bahawa permohonan Nafuzi telah diperhalusi oleh pihak pemilik, Ahli Lembaga Pengarah, dan pengurusan.

Menurutnya, sejak menyertai pasukan pada Disember 2022, Nafuzi telah menunjukkan mutu kerja yang sangat tinggi serta komitmen yang jitu.

“Pencapaian beliau termasuk tempat keempat Liga Super 2023 dan peringkat Separuh Akhir Piala FA 2024.11.24

“KDA FC mengucapkan jutaan terima kasih atas khidmat bakti beliau dan mendoakan kejayaan dalam perjalanan kariernya selepas ini,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, Sang Kenari turut mengumumkan bahawa Victor Andrag dilantik sebagai Ketua Jurulatih Interim pasukan Liga Super Kedah bermula Ahad.

Kelab akan menilai dan membuat keputusan mengenai calon Ketua Jurulatih tetap berdasarkan keperluan pasukan untuk bersaing dalam baki Liga Malaysia 2024-2025.

Pada Khamis lalu, media melaporkan bahawa Nafuzi bakal meninggalkan Sang Kenari dan menyertai Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebagai pengendali skuad muda negara. Namun, FAM dan KDA FC belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai perkara tersebut.

Nafuzi, yang terkenal dengan istilah ‘Nafuzi Ball’ yang diberikan oleh pengulas dan penyokong bola sepak, mula menyertai KDA FC pada 2023 selepas meninggalkan Terengganu FC.

Walaupun kehadiran beliau di Alor Setar bertujuan mengembalikan kegemilangan Hijau Kuning, impian tersebut tidak kesampaian disebabkan masalah kewangan.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading