Antarabangsa Terkini

Khabib Nurmagomedov Live in Malaysia buktikan kemampuan dan kejayaan Faith Events

Faith Events komited menganjurkan acara unik dan berkualiti tinggi yang menginspirasi dan melibatkan penonton di seluruh Malaysia dan lebih jauh.

Amar bersama Khabib pada sidang media selepas program Siri Pendidikan Islam, Faith Events 2024 

SAMBUTAN dan sokongan padu peminat terhadap Khabib Nurmagomedov  yang hadir ke Malaysia memperlihatkan kejayaan Faith Events selaku watak utama kehadiran bekas juara dunia lightweight Ultimate Fighting Championship (UFC) itu.

Khabib Nurmagomedov atau dikenali dengan gelaran “The Eagle” berada di Malaysia  sempena Siri Pendidikan Islam, Faith Events 2024 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Khabib Nurmagomedov Live in Malaysia anjuran Faith Events itu telah berjaya menarik kehadiran seramai 2,000 orang yang rata-rata peminat atlet sukan paling berpengaruh di dunia dan memiliki lebih 37 juta pengikut di Instagram.

Ketua Pegawai Eksekutif Faith Events, Amar Razali berkata, acara ini bukan sahaja menampilkan perbincangan menarik dan pandangan peribadi Khabib, tetapi juga menggariskan nilai-nilai Islam seperti disiplin, integriti, dan kerendahan hati yang telah membentuk perjalanan kejayaannya.

Tambahnya, pelbagai acara menarik disajikan antaranya persembahan khas yang mempamerkan tradisi seni bela diri Malaysia serta sukan tempur global.

“Pengunjung disajikan dengan pertunjukan yang mendebarkan daripada Silat, MMA, dan Muay Thai, dengan persembahan oleh Discover Muay Thai, Team Strive MMA Putrajaya, Kelab Muay Thai Singa Malaya, dan Gerak Penchak Gayarasa.

“Menambah kemeriahan, bintang baru Johan Ghazali juga membuat kemunculan istimewa, mengujakan para peminat,” ujarnya.

Beliau berkata, Faith Events komited untuk menganjurkan acara unik dan berkualiti tinggi yang menginspirasi dan melibatkan penonton di seluruh Malaysia dan lebih jauh.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Khabib Nurmagomedov, Alif Satar, Johan Ghazali, para atlet persembahan bela diri, rakan penaja, dan semua pengunjung yang telah menyumbang kepada kejayaan acara penuh inspirasi ini”, katanya.

Turut dalam jadual kunjungan ke Malaysia, adalah kunjungan hormat ke Seri Perdana untuk pertemuan bersama Perdana Menteri Malaysia dan juga Penganjuran Klinik Tertutup Program Kejurulatihan Bersama Khabib Nurmagomedov anjuran Perbadanan Stadium Nasional dan Majlis Sukan Negara.

Ahad lalu, Khabib muncul dalam program bual bicara itu yang menampilkan Alif Satar sebagai pengacara dan bintang muda muay thai negara, Johan Ghazali atau Jojo sebagai tetamu khas.

Memulakan latihan seni mempertahankan diri sejak kecil di bawah bimbingan arwah bapanya, Abdulmanap Nurmagomedov.

Beliau membuat penampilan sulung UFC pada 2011 dan bersara sebagai juara kelas lightweight yang tidak pernah kalah pada 2021 dengan rekod menakjubkan 29-0.

Khabib juga dianggap salah seorang petarung yang paling dominan dalam sejarah sukan UFC dan pada Julai 2022, beliau telah dilantik ke dalam UFC Hall of Fame.

 

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading