Antarabangsa Bola Sepak Terkini

“Park Hang Seo in KPG Out”

Ada beberapa nama besar yang hubungi FAM

Hang Seo antara calon utama menggantikan Kim Pan Gon

BEKAS ketua jurulatih Vietnam, Park Hang Seo antara individu yang berminat untuk mengendalikan Harimau Malaya selepas Kim Pan Gon melepaskan Jabatan tersebut bulan lalu.

Perkhabaran ini disahkan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia, Datuk Hamidin Mohd Amin yang mendedahkan beberapa nama besar dilihat calon sesuai mengisi kekosongan tanggungjawab tersebut.

“Ada beberapa nama besar yang hubungi FAM selepas Pan Gon tinggalkan kita dan salah seorangnya ialah Hang Seo, saya sahkan perkara itu, Nama-nama lain biarlah dahulu dan kita akan buat pilihan terbaik.

“Kita akan buat ‘homework’ dahulu kerana kita kena ambik jurulatih yang faham kualiti dan musuh yang bakal kita hadapi, kita bukannya mahu lawan Brazil dan sebagainya,” ujarnya.

Difahamkan sebelum ini Han Seo juga antara senarai utama selaku pengendali Harimau Malaya sebelum FAM membuat keputusan melantik Kim Pan Gon.

Hamidin mahu semua pihak memberikan sokongan kepada Pau Marti Vicente 

Dalam perkembangan berasingan, Hamidin menagesa semua pihak memberi sokongan dan kepercayaan kepada ketua jurulatih Harimau Malaya ketika ini, Pau Marti Vicente untuk membimbing skuad kebangsaan.

“Pau Marti (Vicente) telah beberapa kali berbincang dengan saya, dia ada tugas besar sehingga penghujung tahun ini untuk mengendalikan sekurang-kurangnya enam perlawanan Bersama Harimau Malaya.

“Selepas itu kita akan lihat apa pencapaian ia, buat masa sekarang kita beri sokongan kepadanya untuk bawa pasukan dan FAM akan memberi sokongan penuh untuk kebaikan skuad Harimau Malaya,” tegasnya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading