PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) tanpa berselindung akhirnya mendedahkan punca sebenar penamatkan kontrak bekas pengendali Harimau Malaya, Kim Pan Gon disebabkan pengendali berkenaan yang meminta dilepaskan ekoran masalah keluarga yang dihadapi.
Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, Pan Gon seperti ‘orang gila talak’ semasa ingin meminta pelepasan bagi menamatkan kontrak dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
“Pan Gon telah berbohong dengan menyatakan tujuan utama beliau meminta penamatan kontrak adalah kerana berdepan masalah keluarga.
“Cerita ini pedih sebenarnya, sehingga perlawanan menentang Taiwan (Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia), Pan Gon masih bersama kita, selepas itu dia bercuti dua minggu dan tambah seminggu lagi.
“Selepas kembali dari bercuti dan tiga hari sebelum saya ke Mallorca, Sepanyol (sebelum Sukan Olimpik Paris 2024), Pan Gon setiap hari jumpa saya. Hari pertama saya tidak bagi keputusan dan hari kedua juga sama.
“Pada hari ketiga, dia datang merayu lagi seperti orang gila talak akhirnya terpaksa untuk melepaskannya selepas mengambil kira jasanya kepada pasukan kebangsaan biarpun edar FAM akan jadi mangsa,” katanya.
Tegas Hamidin lagi, selepas penamatan kontrak beliau mendapat tahu bahawa pengendali dari Korea Selatan itu telah menendatangani kontrak dengan Ulsan HD, sekali gus membuktikan dia tidak professional.
“Saya kecewa, FAM jadi mangsa dan dia dapat tawaran lebih lumayan. Perkara ini bukan salah FAM sebenarnya, Pan Gon itu sendiri saya yang pilih dengan sokongan exco FAM.
“FAM juga kecewa apabila Pan Gon mengeluarkan beberapa perkara yang tidak tepat semasa sidang akhbar seolah-olah mahu melepaskan dirinya sahaja,” katanya.





Add Comment