Golf Terkini

Golftreks Travel Services giat kembangkan sukan pelancongan golf

Beberapa destinasi dikenalpasti antaranya Kuala Lumpur, Johor Bahru, Sabah dan Sarawak

Sebahagian penggiat sukan golf hadir pada majlis perasmian Golftreks Travel Services Sdn Bhd, di Putrajaya.

PARA peminat dan penggemar sukan golf yang berhasrat bermain diluar Malaysia kini tidak perlu bimbang gusar apabila agensi pelancongan Golftreks Travel Services Sdn Bhd telah dilancarkan secara rasmi.

Berteraskan kepada pelancongan golf dan Scuba Diving serta perkhidmatan pelancangan lain, Golftreks Travel Services Sdn Bhd kini giat mempromosikan pakej-pakej sama ada dalam mahupun luar negara.

Pengarah Golftreks Travel, Mohd Khairy Abd Rahim berkata, sebagai pemegang lesen pelancongan, pihaknya giat menjalinkan kerjasama untuk mempromosikan dan yang terbaharu pasaran di India.

“Kami kini bekerjasama dengan pihak Tourism Malaysia di New Delhi, India dimana mereka telah meminta kita menyediakan pakej-pakej Scuba Diving dan golf di Malaysia.

“Ini untuk pasaran di India Utara, jadi kita telah mulakan pakej ini dan akan letakkan Pulau Tioman untuk scuba diving.

“Bagi pelancongan sukan golf pula antara beberapa destinasi dikenalpasti antaranya Kuala Lumpur, Johor Bahru, Sabah dan Sarawak,” ujarnya ditemui pada majlis pelancaran rasmi Golftreks Travel Services Sdn Bhd di Putrajaya.

Tambahnya lagi, memandangkan ini merupakan tahun pertama Golftreks Travel Services Sdn Bhd diperkenalkan secara rasmi, masih banyak perlu dilakukan untuk memastikan sasaran tercapai.

“Kami perlukan lebih banyak promosi dalam talian untuk kembangkan pasaran dengan menawarkan pakej-pakej yang akan menarik minat pelanggan dan harap semuannya akan berjalan lancar pada tahun-tahun akan datang (2025)”, jelasnya.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading