LARIAN unik berasal dari Paris, Ecotrail Putrajaya telah berjaya menarik minat hampir 1,000 pesert dari negara, Vietnam, Perancis, India, Indonesia, Korea, Filipina, dan Singapura.
Acara tahunan yang diadakan pada 27 Julai lalu dianjurkan Ten Senses (M) Sdn Bhd dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (Motac), dan sokongan daripada Tourism Malaysia selari dengan kempen ‘Cuti-Cuti Malaysia’ , sekali lagi berjaya diadakan di Pantai Floria, Putrajaya.
Larian yang mengumpulkan pelari denai yang pelbagai dari segenap dunia ini sekaligus membuktikan edisi ketiganya mampu mencipta keunikan tersendiri dengan penyertaan yang mengagumkan.
Nyata, Ecotrail Putrajaya semakin terus mendapat pengiktirafan dan penyertaan antarabangsa dan terbukti mampu menonjolkan daya tarikan dengan penyertaan meningkat dalam komuniti pelari denai global.
Ecotrail Putrajaya terkenal dengan konsep laluan urban, yang menggabungkan keindahan landskap Putrajaya dengan kemudahan persekitaran bandar.
Konsep ini sangat sesuai untuk pendatang baru dalam sukan larian denai, menawarkan pengalaman yang unik dan mudah diakses yang menggalakkan penyertaan yang lebih luas.
Edisi ketiga Ecotrail Putrajaya menampilkan empat kategori perlumbaan, masing-masing dengan titik permulaan dan masa yang unik, memaparkan keindahan pemandangan dan landskap Putrajaya antaranya 10 kilometer (km), 30 km, 50km dan 80km.
Setiap kategori perlumbaan menawarkan peserta pengalaman yang mencabar, menekankan komitmen acara ini dalam mempromosikan gaya hidup sihat dan kesedaran alam sekitar melalui larian denai.
Masa dan lokasi pelepasan yang berbeza menambahkan lagi keunikan acara tahun ini, memberikan pelari laluan dan pengalaman yang pelbagai sepanjang hari.
Ten Senses (M) Sdn Bhd dan Motac Malaysia berbangga dengan kejayaan pelaksanaan Ecotrail Putrajaya dan mengucapkan terima kasih kepada semua peserta, sukarelawan, dan penaja yang menyumbang kepada kejayaan acara ini.





Add Comment