KOPI Saigon mengumumkan pelancaran Dark System Series, hasil kolaborasi eksklusif bersama dua personaliti popular E-Sukan dan media sosial, Soloz dan XK Penjahat.
Soloz atau nama sebenarnya Muhammad Faris Zakaria serta XK Penjahat (Sofian Sultan) merupakan personaliti yang digelar sebagai maharaja dalam dunia Esports di Malaysia.
Pelancaran ini menandakan satu langkah besar Kopi Saigon untuk memperluaskan jenama Kopi Saigon kepada pasaran yang lebih luas dengan produk-produk minuman ini akan mula dijual pada 27 Julai 2024 dan boleh didapati di mana-mana outlet Kopi Saigon di seluruh Malaysia.
Dark System Series turut memperkenalkan tiga produk minuman baru yang pasti akan memikat hati para peminat Kopi Saigon dan peminat kedua-dua figura terkenal ini iaitu, Dark Fighter (Vanilla Choco) – Harga Jualan RM10 , Dark Assassin (Apple Passion) – Harga Jualan RM11 dan Dark Mage (Milky Peach Passion) – Harga Jualan RM12

Selain minuman, kolaborasi ini turut memperkenalkan pelbagai produk baru yang eksklusif yang bertemakan Dark System Series, iaitu “Lanyard Dark System Series”, “Sticker Pack Dark System Series”, “Flask Dark System Series”, dan “Keychain Dark System Series”.
Pengasas Kopi Saigon, Asyraf Kamal berkata, kolaborasi ini adalah langkah strategik untuk memperkenalkan Kopi Saigon kepada lebih ramai orang.
“Kami percaya dengan kerjasama bersama Soloz dan XK Penjahat akan dapat mencapai sasaran pasaran yang lebih luas dan berbeza selepas ini.
“Sangat teruja dengan potensi yang ada dan berharap semua pihak dapat menikmati produk baru ini,” katanya pada majlis pelancaran di SkyArk Event Space .
Tambahnya lagi, pengenalan tiga jenis minuman ini hanyalah permulaan dan akan ada lagi beberapa produk minuman yang bakal dikeluarkan bersempena kolaborasi Dark System Series ini pada masa akan datang.
“Tujuan utama kolaborasi ini adalah untuk memperkenalkan Kopi Saigon kepada lebih ramai orang dan memantapkan lagi kedudukan Kopi Saigon sebagai pilihan utama dalam industri minuman kopi,” tegasnya.
Sementara itu, Soloz memaklumkan ini merupakan kerjasama pertama beliau dengan jenama F&B dan sangat teruja untuk berkolaborasi dengan jenama gergasi lokal iaitu Kopi Saigon.
“Ditambah pula dengan kemenangan pasukan dari Malaysia yang menjuarai MLBB MSC 2024 WORLD CHAMPIONS, semestinya akan menjadikan industri e-sport di Malaysia semakin mendapat sambutan,” jelasnya.





Add Comment