Antarabangsa Terkini

KBS salur geran bantuan RM300 ribu kepada atlet profesional golf

Kami mahu para atlet tahu mereka pergi dengan sokongan penuh kerajaan dan seluruh negara

KEMENTERIAN  Belia dan Sukan (KBS) telah menyalurkan geran bantuan keseluruhan RM300,000.00 kepada atlet-atlet profesional negara untuk persiapan menghadapi temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

Geran bantuan disalurkan menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) kepada atlet-atlet profesional sukan golf dan badminton iaitu Gavin Kyle Green dan Ashley Lau Jen Wen daripada sukan golf serta Lee Zii Jia serta Goh Jin Wei daripada sukan badminton.

Pertandingan bagi golf di Sukan Olimpik kali ini akan berlangsung daripada 1 hingga 10 Ogos 2024 manakala badminton daripada 27 Julai hingga 5 Ogos 2024.

Geran bantuan ini adalah inisiatif Kementerian untuk membantu meringankan beban atlet profesional negara bagi menyertai beberapa kejohanan kelayakan, kejohanan pendedahan, kem latihan, rakan pelatih (sparring partner) dan perkhidmatan sokongan demi memastikan persiapan serta latihan mereka dalam keadaan optimum.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, geran bantuan ini adalah komitmen KBS untuk membantu setiap atlet yang membawa bendera Malaysia, bahawa mereka bukan sahaja akan menerima perkhidmatan daripada pasukan ISN tetapi juga bantuan kewangan daripada kerajaan.

“Kami mahu para atlet tahu mereka pergi dengan sokongan penuh kerajaan dan seluruh negara”, ujarnya menerusi kenyataan media.

Tambahnya lagi, KBS juga berharap bantuan tambahan ini sedikit sebanyak akan mampu membantu atlet-atlet memberi tumpuan kepada persiapan masing-masing dan memberikan persembahan terbaik mereka apabila turun mengejar kejayaan di kota Paris nanti.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading