
TUAH nyata milik Mohd Muazzin Rosely selepas dinobatkan selaku pemenang utama peraduan ‘ The Ultimate Sports Experience – Spend & Win’ yang menyaksikanya akan menjadi sebahagian penonton pada majlis pembukaan Sukan Olimpik Paris yang bakal berlangsung pada 24 Julai sehingga 11 Ogos 2024.
Mohd Muazzin akan berada di Paris selama tujuh hari enam malam termasuklah kos penerbangan serta penginapan dengan kos keseluruhan bernilai RM50,000.
Tempat kedua dan ketiga pula menjadi milik Muhammad Adzim Imran Razali serta Tan Yee Sing yang akan diterbangkan ke Jerman selama lima hari empat malam beserta dua tiket perlawanan Akhir Euro 2024.
Wan Muhammad Izha Wan Shamsorlallah Said juga akan diterbangkan ke London untuk berada Diana selama empat hari tiga malam dan berpeluang merasai aura Anfield menyaksikan perlawanan Liverpool musim depan.
Ketua Pegawai Sumber Manusia Al-Ikhsan, Farouk Abdul Khalid berkata, pihaknya sangat gembira untuk mengumumkan dan memberikan hadiah kepada pemenang untuk bulan Mac dan pemenang hadiah utama keseluruhan kempen.
“Keutamaan kami adalah memastikan bahawa pelanggan kami yang telah menyokong kami sepanjang masa berasa berpuas hati dan gembira. Saya mewakili Syarikat Al-Ikhsan, mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan yang teguh selama 30 tahun penubuhan dan tahniah,” ujarnya pada majlis penyampaian hadiah kepada pemenang.
Peraduan ‘ The Ultimate Sports Experience – Spend & Win’ yang telah berlangsung sejak Julai 2023 sehingga Mac 2024 dianjurkan bersempena ulang tahun Al-Ikhsan Sports Sdn. Bhd. yang ke-30.







Add Comment