
JONATHAN Manuel dari Indonesia dan Ngo Yi Belle dari Malaysia dinobatkan Juara Kejohanan Jemputan Golf Junior RSGC-SportExcel (JIGC) ke-9 , 2024 yang berlangsung di padang golf Kelab Golf Diraja Selangor (RSGC).
Kejohanan yang diadakan dari 14 hingga 16 Mei 2024 telah menarik 90 penyertaan daripada pemain golf muda yang termasuk 19 Pemain Junior Kebangsaan dari program Pembangunan Junior MGA dan 11 pemain yang menduduki ranking dalam World Amateur Golf Ranking (WAGR).
Menerusi kerjasama Yayasan Kecemerlangan Sukan Malaysia (SportExcel), acara ini menampilkan pemain golf amatur junior terbaik dari Malaysia dan rantau ini.
JIGC telah beralih daripada kejohanan terbuka junior kepada acara jemputan yang menyediakan platfom untuk pemain junior elit mempamerkan kemahiran mereka di kelab golf warisan yang hanya untuk ahli.
Pada tahun ini, kejohanan tersebut menyaksikan 90 penyertaan daripada pemain golf muda yang termasuk 19 Pemain Junior Kebangsaan dari program Pembangunan Junior MGA dan 11 pemain yang menduduki ranking dalam World Amateur Golf Ranking (WAGR).
Kejohanan tiga hari ini juga berfungsi sebagai Acara Pengiraan dalam World Amateur Golf Ranking (WAGR), yang menekankan kepentingannya dalam komuniti golf global.
KEPUTUSAN

LELAKI
Juara: Jonathan Manuel Wijanto (Indonesia) – 215
Naib Juara: Joshua Lim Zhi Xing (Malaysia) – 224
Ketiga: Jayden Ng Wei Keat (Malaysia) – 230

PEREMPUAN
Juara: Ngo Yi Belle (Malaysia) – 232 (Menang melalui Play Off)
Naib Juara: Saanvi Somu (India) – 232
Ketiga: Siti Nur Husna Aina (Malaysia) – 234 OCB
- Pemain Golf Lelaki Terbaik Malaysia: Joshua Lim Zhi Xing
- Pemain Golf Perempuan Terbaik Malaysia: Ngo Yi Belle





Add Comment