Antarabangsa Gaya Hidup Terkini

8000 peserta sertai Twincity Marathon 2024

Pada tahun ini juga, acara larian menawarkan empat kategori yang berbeza iaitu 5km, 12km, 21km, dan 42km.

SERAMAI 8000 peserta dari lebih 24 negara termasuk Qatar, Brazil, Kenya, Hong Kong, Singapura, Brunei, United Kingdom menyertai larian Twincity Marathon yang diadakan di Persiaran Flora. Cyberjaya.

Twincity Marathon merupakan sebuah acara larian yang telah dianjurkan selama sembilan tahun berturut- turut, kini memasuki tahun untuk menuju jubli emas pada tahun 2025 merupakan acara tahunan  dianjurkan oleh Ten Senses(M) Sdn Bhd.

Tahun ini buat pertama kalinya, Twincity Marathon akan berlangsung selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bertujuan untuk meraikan semangat aidilfitri dan kebersamaan bersama pelari-pelari yang setia menyokong acara ini setiap tahun.

Seperti tradisi Twincity Marathon, setiap tahun peniaga tempatan dijemput untuk menyediakan hidangan di booth yang disediakan dan disajikan secara percuma kepada para peserta, akan tetapi pada tahun ini penganjur juga akan mengadakan rumah terbuka raya, lengkap dengan lemang dan hidangan raya yang akan disajikan kepada semua peserta.


Add Comment

Click here to post a comment