Bekas jenerał The Reds ini dikatakan mencapai persetujuan untuk menamatkan kontrak.
BEKAS kapten Liverpool, Jordan Henderson yang bersama kelab Arab Saudi, Al-Ettifaq kini selangkah menyertai kelab Belanda, Ajax dalam saingan Liga Eredivisie.
Gagal membrikan impak buat pasukan selepas menyertai Al-Ettifaq musim panas lalu, bekas jenerał The Reds ini dikatakan mencapai persetujuan untuk menamatkan kontrak bernilai 700,000 pound (RM4.14 juta) seminggu bersama kelab Liga Pro Saudi itu.
Henderson tidak menerima gaji sejak perpindahan lumayannya ke kelab Arab Saudi, Al-Ettifaq pada musim panas lalu dan hanya membuat 19 penampilan sepanjang enam bulan bersama kelab kendalian Steven Gerrard, tetapi tidak dibayar sesen pun.
Tonggak utama Liverpool yang memastikan gelaran Liga Perdana Inggeris 2021/2022 dijangka menyertai Ajax dengan gaji 90,000 euro (RM455,671) seminggu.





Add Comment