Antarabangsa Bola Sepak

Piala Asia 2023 : Qatar pasukan pertama layak di pentas 16 terbaik

Masih berbaki satu perlawanan namun  The Maroons sudah pun mengesahkan slot dipentas 16 terbaik.

 Penyerang kelab Al Sadd, Akram Afif meledak gol tunggal memastikan kemenangan kedua berturut-turut Qatar.

JUARA bertahan yang juga tuan rumah Piala Asia 2023,  Qatar muncul pasukan pertama mengesahkan tempat ke pusingan 16 terbaik selepas menundukkan Tajikistan 1-0 pada perlawanan kedua Kumpulan A saingan Piala Asia 2023 di Stadium Al Bayt di Bandar Al Khor.

Gol tunggal jaringan penyerang kelab Al Sadd, Akram Afif pada minit ke-17 memastikan skuad bimbingan Marquez Lopez melangkah ke pentas a6 terbaik walaupun masih berbaki satu perlawanan peringkat Kumpulan A.

The Maroons yang meraih kemenangan kedua berturut-turut mendahului saingan kumpulan dengan mengumpul enam mata menjelang perlawanan terakhir bertemu China, minggu depan.

Penyerang kelab Al Sadd, Akram Afif, sekali lagi mencuri tumpuan apabila meledak gol kemenangan pada separuh masa pertama perlawanan sekali gus menyaksikan beliau kini mendahului senarai penjaring terbanyak dengan mengumpul tiga gol.

Untuk rekod ini adalah pertembungan sulung kedua-dua pasukan di pentas Piala Asia.

Sementara itu dalam satu lagi  aksi Kumpulan A, China mencatat keputusan seri kedua selepas terikat tanpa jaringan bertemu Lubnan di Stadium Al Thumama.

China kini di kedudukan kedua dengan mengumpul dua mata sementara Tajikistan dan Lubnan yang mengumpul satu mata masing-masing di tempat ketiga dan keempat.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading