Antarabangsa Bola Sepak

Piala Asia 2023 : Socceroos lolos awal

Perlawanan terakhir peringkat Kumpulan B berlangsung Selasa ini dengan Australia menentang Uzbekistan manakala India berdepan Syria.

Barisan pemain Australia meraikan jaringan gol Irvine pada separuh masa kedua.

SELEPAS Qatar mengesahkan pusingan 16 Piala Asia, kini giliran Australia pula selepas mengatasi Syria, 1-0 dalam saingan Kumpulan B, malam tadi.

Gol tunggal jaringan Jackson Irvine pada minit ke-60 memadai untuk skuad bimbingan Graham Arnold walaupun masih berbaki satu lagi perlawanan peringkat kumpulan.

Irvine menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-60 yang juga jaringan keduanya di kejohanan itu selepas menolak bola masuk dari jarak dekat.

“Kami tahu mereka akan memberi kesukaran dan saya sangat gembira dengan prestasi pemain pertahanan kami.

“Secara keseluruhan saya tahu kami boleh meningkatkan lagi prestasi dan kami akan memperbaiki kelemahan tetapi ia sesuatu yang positif apabila berjaya mara ke pusingan kedua,” tegas Arnold.

India menentang Uzbekistan dalam satu lagi aksi kumpulan sama malam ini. – AGENSI-


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading