
PASUKAN yang berada dikedudukan 91 dunia, Syria akan menjadi lawan buat Harimau Malaya perlawanan persahabatan sebelum kempen Piala Asia di Qatar, bermula 12 Januari depan.
Perlawanan tersebut b?ka? berlangsung 8 Januari 2024 dengan kedua-dua pasukan sudah pun menyatakan persetujuan untuk menguji kekuatan masing-masing sebelem aksi sebenar.
Persatuan Bola Sepak Syria (SFA) menerusi laman sosialnya sudah pun mengesahkan akan mengadakan dua aksi persahabatan bertemu Kyrgyzstan pada 5 Januari sebelum menentang Malaysia tiga hari kemudian.
“Pengurusan pasukan kebangsaan mengesahkan dua perlawanan persahabatan dengan Kyrgyzstan dan Malaysia dalam persiapan untuk Piala Asia 2023 di Qatar,” ujar SFA
Terdahulu harapan skuad bimbingan Kim Pan Gon untuk mengasah taring berdepan pasukan di ranking ke-56 dunia, Arab Saudi tidak kesampaian apabila gergasi bola sepak Asia itu memilih negara lain untuk perlawanan persahabatan sebelum kempen Piala Asia di Qatar, bermula 12 Januari depan.
Skuad kebangsaan yang menduduki ranking ke-130 dunia dijangka memulakan kem latihan pusat pada minggu depan sebagai persiapan fasa akhir menjelang kejohanan bola sepak paling berprestij Asia itu.
Malaysia yang layak secara merit buat kali pertama dalam tempoh 43 tahun ke Piala Asia diundi dalam Kumpulan E bersama Korea Selatan, Bahrain dan Jordan.
Pasukan negara dijadual menentang Jordan pada 15 Januari depan, Bahrain (20 Januari) dan aksi terakhir kumpulan bertemu Korea Selatan pada 25 Januari.





Add Comment