Bola Sepak

Mengapa perlu kacau karier Nafuzi di Kedah?


FOTO FB HISHAMUDDIN

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Terengganu, Hishamuddin Abdul Karim menerusi satu hantaran di laman Facebook peribadinya pada Selasa mahu Terengganu FC fokus mempersiapkan pasukan berbanding melayan khabar angin tidak benar.

Menurutnya, penyokong tidak perlu terikut rentak dan kekecohan mengatakan ketua jurulatih Kedah Darul Aman (KDA) FC, Nafuzi Zain bakal kembali mengemudi Sang Penyu pada musim akan datang.

Bahkan, Hishamuddin memberikan ‘hint’ jelas bahawa khidmat Tomislav Steinbruckner yang setakat ini cemerlang bersama Terengganu FC bakal dikekalkan.

“Tidak perlulah masing-masing terikut dengan rentak propaganda media. Lebih malang, kita mula mengutuk bekas ketua Jurulatih Terengganu FC.

“Caci maki dan hina nista dilemparkan kepada beliau tanpa belas kasihan. Mengapa perlu diganggu karier orang lain di tempat lain?” katanya.

Sementara itu, Hishamuddin yang jugaPresiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) berkata, beliau turut berkongsi satu perkembangan baharu mengenai Terengganu FC dengan menjelaskan seorang Pengarah Sukan kelab bakal dilantik setelah satu mesyuarat lembaga pengarah diadakan.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading