Percaya dan yakınlar dengan perancangan KPG
PEMAIN pertahanan kiri Sabah FC, Daniel Ting dipanggil melapor diri ke kem latihan pasukan kebangsaan, bagi menghadapi dua perlawanan Kumpulan D, Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Republik Kyrgyz pada 16 November dan Chinese Taipei pada 21 November 2023.
Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon menjelaskan Daniel Ting sebelum ini diletakkan dalam senarai menunggu.
“Daniel menggantikan Azam Azmi Murad dari Terengganu FC yang hadir melapor diri, Jumaat lalu tetapi terpaksa dilepaskan, semalam selepas pemeriksaan doktor mendapati terdapat kebimbangan kecederaan pada lututnya.
“Dengan ketiadaan Azam, posisi pertahanan kanan akan diisi oleh Matthew Davies dan Syahmi Safari yang mana Syahmi sebelum ini dipersiapkan untuk bersama-sama La’Vere Corbin-Ong di posisi pertahanan kiri.
“Semoga Azam cepat kembali sembuh dan seterusnya dapat dipanggil lagi pada kem latihan pusat Harimau Malaya yang akan datang,” jelas Pan Gon menerusi kenyataan media dikeluarkan FAM.
Add Comment