Futsal Terkini

BR VAMOS rangkul kejuaraan SPFL 2023

kejayaan ini tidak terhenti disini sahaja tetapi perlu diteruskan pada kejohanan-kejohanan akan datang!!!!!

Barisan pemain BR Vamos mengungguli kejohanan SPFL 2023.

KEJUARAAN SP Futsal League 2023 (SPFL) sah menjadi milik BR VAMOS setelah menamatkan kejohanan dengan sembilan kemenangan dan dua kekalahan untuk mengutip 27 mata menewaskan 11 lagi pasukan lain.

Kemenangan ini menyaksikan skuad yang rata-rata dibarisi pemain berusia 21 hingga 27 tahun dan berpengakalan di Port Dickson itu meraih trofi kejuaraan, medal dan wang tunai RM2,200.

Pengurus passukan BR VAMOS, Dasheelan Jai Raman berkata, kejayaan yang diraih ini adalah hasil usaha keras semua pemain serta pengurusan sejak dari peringkat awal sehinggalah tamat kejohanan.

“Tahniah buat semua pemain dan pengurusan yang tidak pernah mengenal erti penat lelah dan kekecewaan, walaupun kita tewas pemain tetap bersemangat bangkit pada perlawanan seterusnya.

“Hasilnya kejuaraan SP Futsal League 2023 kini menjadi milik pasukan dan kejayaan ini tidak terhenti disini sahaja tetapi perlu diteruskan pada kejohanan-kejohanan akan datang,”ujarnya ditemui selepas majlis penyampaian hadiah kejuaraan, Rabu.

Barisan pemain dan pengurusan BR VAMOS sah dinobatkan selaku juara SPFL 2023.

Tambahnya lagi, skuad yang dibimbing Kugan ini juga telah bergelar juara bagi kejohanan Liga SERA 2022/23 dan kemenangan SPFL melengkapkan musim gemilang buat pasukan.

“Kami akan terus mencipta nama selaku juara dan pada masa sama pentas buat pemain-pemain mempamerkan bakat serta mencipta nama selaku pemain futsal yang berjaya pada masa akan datang.

“Terima kasih juga kepada penyokong yang sentiasa hadir memberikan sokongan buat barisan pemain yang kami anggap anda juga adalah penyumbang kepada kemenangan BR VAMOS,” katanya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading