Gaya Hidup Terkini

GamesMY Kespoc rangkul kejuaraan MLBB State

"Ini membuktikan e-Sukan semakin mendapat tempat dikalangan peminat tempatan dan juga Malaysia turut menjadi tumpuan negara luar dalam kejohanan esport

GELARAN kejuaraan MLBB State menjadi milik pasukan dari Kelantan, GamesMY Kespoc selepas berjaya menewaskan wakil daripada negeri Johor, MV Originz pada Ahad lepas sempena Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2023.

Penolong Pengarah Unit Esports Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), Rafidah Abu Bakar  selaku wakil penganjur menyifatkan penganjuran Kejohanan e-Sukan mendapat sambutan memberangsangkan bersempena HSN tahun ini.

“Sangat meriah dan signifikan memandangkan penglibatan peserta yang sangat menggalakan dalam semua acara yang dipertandingan termasuklan peserta-peserta dari luar negara yang turut mengambil bahagian.

“Ini membuktikan e-Sukan semakin mendapat tempat dikalangan peminat tempatan dan juga Malaysia turut menjadi tumpuan negara luar dalam kejohanan esport,” ujarnya.

Tambahnya kagi, 2023  merupakan penganjuran HSN kali ke-8, dan merupakan penganjuran kali ke-5 bagi Kejohanan Esports HSN.

“Kelainan yang kami cuba bawakan pada tahun ini adalah melalui penglibatan 8 negara ASEAN utk kategori eFootball dimana tujuannya adalah untuk mempromosikan HSN ke peringkat antabangsa disamping membantu pembangunan esports negara.

“Saya mengharapkan semua yang terlibat sepanjang kejohanan dapat pengalaman baru serta menambah kenalan dalam e-Sukan.

“Kita juga harap agar tahun depan kita akan teruskan lagi inisiatif ini bukan sahaja untuk esports malah untuk sukan yang lain juga,” tegasnya.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d