AKADEMI Tunas NFDP Seberang Perai Utara 2 meraih gelaran kejuaraan Kejohanan Bola Sepak Yakult Piala Global 2023 yang berlangsung di Serimas Sportplex, Nilai, Negeri Sembilan.
Kejohanan yang memasuki edisi ketiga penganjuran ini telah mengumpulkan 16 pasukan terbaik seluruh Malaysia melalui saringan yang diadakan di setiap zon seluruh negara.
Kejohanan Bola Sepak Yakult Piala Global ini mula dianjurkan pada tahun 2019 dan kemudiannya di hentikan seketika pada tahun 2020 dan 2021 penularan pendemik Covid 19 yang melanda dunia. Ianya kemudian diteruskan pada tahun 2022 dan 2023 ini.
Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk memberi peluang kepada bakat-bakat muda tempatan bersaing dalam kejohanan kompetatif diperingkat umur 12 tahun. Selain itu juga ianya memberi peluang kepada bakat cilik tempatan untuk memperlihatkan bakat mereka untuk dinilai oleh pencari-pencari bakat yang sering hadir sepanjang kejohanan ini dilaksanakan.
Ketua Pasukan AT SPU 2, Anas Sufiyan Bin Mohd Arif, 12 tahun, menyifatkan kejayaan ini bagaikan sebuah mimpi yang menjadi kenyataan selain berazam untuk menjadi pemain terbaik negara satu hari nanti.
“Seronok dengan kemenangan ini. Terima kasih juga kepada pihak penganjur, Yakult Malaysia atas ruang dan peluang yang diberikan keada kami semua bagi menyertai kejohanan ini.
“Pasukan kami mendapat tempat ketiga di peringkat zon dulu, selepas itu kami berlatih bersungguh-sungguh untuk target menjadi juara pertandingan kali ini dan alhamdulillah, kami berjaya.
“Cita-cita saya untuk memasuki Akademi Mokhtar Dahari (AMD) dan seterusnya menjadi pemain bola yang terbaik untuk negara” tegasnya.
Kejohanan ini adalah selaras dengan falsafah korporat Yakult iaitu menyebarkan kesihatan kepada seramai yang mungkin. Untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai aktiviti Yakult, layari laman sesawang Yakult di http://www.yakult.com.my
Add Comment