Bola Sepak Terkini

FAM persatuan sukan pertama jalin kerjasama dengan YAKEB

FAM sentiasa yang pertama. Tahniah FAM dan YAKEB

KEBAJIKAN bekas pemain bola sepak negara kini bakal terjamin dan diberikan perhatian penuh selepas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjalinkan kerjasama dengan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB).

Pengerusi YAKEB, Dato’ Dr. Noorul Ariffin Abdul Majeed berkata, FAM merupakan persatuan sukan pertama yang menjemput YAKEB untuk menjalinkan kerjasama dan pihaknya amat berbesar hati dapat berkunjung ke Wisma FAM, Kelana Jaya.

“Bagi memastikan pelbagai bentuk bantuan atau sumbangan dapat disalurkan kepada bekas-bekas atlet ini, kami juga mengalu-alukan bekas pemain bola sepak yang pernah mewakili negara di Sukan SEA, Sukan Asia dan Sukan Olimpik supaya mendaftar sebagai ahli YAKEB iaitu secara online di www.yakeb.org.my atau menghubungi kami di 03-20924841/4844.
“Buat masa ini, kita mempunyai seramai 2,998 orang ahli yang telah mendaftar sebagai ahli YAKEB yang mana 340 daripadanya merupakan bekas pemain bola sepak termasuk 43 orang bekas pemain wanita.
“Kami menyasarkan sejumlah 500 hingga 600 orang bekas pemain bola sepak mendaftar sebagai ahli,” kata Noorul Ariffin selepas kunjungan tersebut,” ujarnya.
Delegasi YAKEB yang diketuai Dr. Noorul Ariffin  telah disambut oleh Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Hj Rahman untuk berbincang mengenai kerjasama kedua-dua pihak dalam memastikan kebajikan bekas pemain bola sepak negara sentiasa diambil perhatian sepenuhnya.
Dalam perkembangan sama,  kunjungan YAKEB itu turut disertai Krishna Priya, balu kepada mendiang B. Satiananthan, bekas ketua jurulatih kebangsaan yang telah meninggal dunia pada 18 Julai lalu.
YAKEB dan FAM masing-masing telah bersetuju mengenai bentuk bantuan dan sumbangan yang akan diberikan kepada keluarga mendiang Satiananthan sebagai menghargai jasa dan pengorbanannya dalam arena bola sepak negara.
Setakat ini, YAKEB sudah memberikan bantuan dan sumbangan kepada 60 orang bekas pemain bola sepak menerusi Skim Bantuan Khas YAKEB

Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: