Kesabaran mungkin ada hadnya, bak kata pepatah jangan sibuk cari aib orang , akhirnya aib sendiri terdedah....

SELEPAS lama berdiam diri dan menahan dari mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan dilemparkan pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akhirnya tampil menyuarakan kebenaran.
Tanpa berselindung, FAM memaklumkan dan menafikan kenyataan Norizam atau lebih dikenali ZamSaham berkenaan isu kegagalan pendaftaran pemain asing kerana melewati tempoh pendaftaran sebaliknya ia adalah kelemahan Kelantan FC.
Setiausaha Agung FAM. Noor Azman Rahman berkata, FAM menyatakan bahawa kenyataan yang dibuat oleh pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham adalah tidak benar.
Tambahnya lagi, ini kerana, berdasarkan fakta, pihaknya sendiri yang sudah melewati tempoh masa pendaftaran yang ditetapkan, malah FAM telah mencuba sehabis baik untuk membantu, terutama dalam proses permohonan dan rayuan kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Berikut adalah kronologi kes ini mengikut tarikh:
> 4 Julai 2023
FAM telah menarik balik perintah larangan perpindahan pemain terhadap Kelantan FC, namun pada masa yang sama, Malaysian Football League (MFL) masih lagi mengenakan sekatan perpindahan pemain terhadap Kelantan FC.
Pendaftaran pemain untuk jendela perpindahan ke-2 dibuka kepada semua pasukan sehingga 1 Ogos 2023.
27 Julai 2023 Kira-kira 6 hari sebelum tempoh pendaftaran ditutup, MFL telah pun menarik balik perintah larangan perpindahan pemain terhadap Kelantan FC, seterusnya membuka ruang dan peluang untuk Kelantan FC mendaftarkan pemain-pemain baharu mereka.
Pegawai Kelantan FC telah menghubungi Pegawai TMS FAM untuk membantu mereka mendapatkan Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) pemain, Allez Putra Azril yang bermain di Akademi Malaga FC.
Untuk makluman semua, setiap permohonan ITC pemain adalah dibuat melalui sistem TMS yang dikawal selia oleh FIFA. Oleh kerana Kelantan FC masih lagi tidak melantik pegawai TMS yang baharu, maka Kelantan FC telah memohon pertolongan bekas pegawai Kelantan FC yang masih memegang akaun TMS mereka untuk permohonan ITC pemain ini.
Pada hari tersebut, tiada masalah log masuk oleh Kelantan FC ke dalam sistem TMS dan tiada permohonan oleh Kelantan FC di dalam sistem TMS untuk mendaftarkan pemain-pemain asing yang lain.
Pegawai TMS FAM telah membantu Kelantan FC menyelesaikan isu pendaftaran pemain, Allez Putra Azril dengan menghubungi Persekutuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF) untuk mendapatkan pelepasan ITC pemain dan akhirnya pelepasan tersebut berjaya diperolehi.
Seterusnya, Kelantan FC telah mula memaklumkan bahawa akaun TMS Kelantan FC yang dipegang oleh bekas pegawai mereka tidak dapat diakses pada hari tersebut kerana mengalami masalah log masuk.
Pegawai TMS FAM telah memaklumkan kepada Kelantan FC untuk membuat ‘troubleshooting’ ke atas akaun tersebut dan sekiranya masih lagi gagal, Kelantan FC perlu memaklumkan perkara ini kepada FIFA dengan secepat mungkin.
Untuk makluman semua, setiap pasukan mempunyai akaun TMS masing-masing dan dimiliki oleh individu yang telah dilantik oleh Pasukan. Segala permasalahan berkenaan akaun pasukan perlu dirujuk terus kepada FIFA yang mengawal selia sistem tersebut.
Hari tersebut merupakan hari terakhir jendela perpindahan kedua pemain dan Pegawai TMS FAM mendapati masih tiada permohonan ITC yang didapati dalam sistem TMS bagi Kelantan FC untuk permohonan ITC pemain-pemain yang baharu.
Sehingga tarikh ini, Kelantan FC masih lagi memaklumkan bahawa akaun TMS Kelantan FC yang dipegang oleh bekas pegawai mereka masih tidak dapat diakses kerana mengalami masalah log masuk.
Kelantan FC hanya memohon kepada FIFA melalui e-mel untuk penukaran dan pelantikan akaun TMS yang baharu pada jam 11.15 malam iaitu 45 minit sebelum tempoh perpindahan ditutup.
Pada tarikh ini juga, terdapat beberapa pasukan lain yang telah memohon ITC dan DTC (Sjili Perpindahan Domestik) pemain di saat akhir dan kesemuanya berjaya disempurnakan oleh Pegawai TMS FAM tanpa sebarang masalah log masuk atau masalah teknikal lain.
FIFA memaklumkan telah menutup akaun TMS yang dimiliki oleh bekas pegawai Kelantan FC itu dan seterusnya memohon supaya pelantikan akaun TMS yang baharu dibuat melalui FAM. Pada tarikh ini juga, Kelantan FC telah memohon melalui MFL supaya FAM membantu mereka untuk melanjutkan tempoh pendaftaran kedua pemain.
FAM telah menerima permohonan daripada Kelantan FC untuk pelantikan akaun TMS yang baharu dan telah mengambil tindakan segera berkenaan perkara tersebut dengan menghantar pemohonan tersebut kepada FIFA. FIFA kemudiannya telah meluluskan permohonan tersebut dan Norizam Tukiman telah dilantik menjadi pemegang akaun TMS Kelantan FC yang baharu.
FAM menghantar surat permohonan rasmi kepada FIFA untuk melanjutkan tempoh pendaftaran kedua pemain.
FIFA memaklumkan permohonan tersebut adalah ditolak disebabkan tempoh tersebut hanya boleh diubah sebelum tempoh pendaftaran pemain tersebut bermula.
FAM memaklumkan kepada Kelantan FC jawapan (ditolak) yang telah diberikan oleh FIFA melalui surat bertarikh 7 Ogos 2023. Seterusnya, FAM telah menghantar surat rayuan pengecualian kepada FIFA berkenaan perkara ini dengan memberi pertimbangan permohonan ini adalah disebabkan Kelantan FC telah dikenakan sekatan perpindahan pemain pada awal tempoh perpindahan dan pelantikan akaun TMS yang baharu.
FAM sekali lagi telah menghantar surat rayuan kedua kepada FIFA dengan memperincikan masalah-masalah yang dialami oleh Kelantan FC untuk mendaftarkan pemain dan permohonan lanjutan pendaftaran pemain ini adalah khusus untuk pasukan Kelantan FC sahaja.
FAM menerima jawapan daripada FIFA yang menerangkan FIFA mengambil maklum masalah yang dihadapi oleh Kelantan FC untuk mendaftarkan pemain di saat akhir. Walau bagaimanapun, rayuan tersebut adalah ditolak dengan mengambil kira tempoh tersebut hanya boleh diubah sebelum tempoh pendaftaran pemain tersebut bermula.
Prinsip undang-undang mengenai pendaftaran pemain ini adalah bersifat seragam, universal dan adalah diguna pakai untuk sistem perpindahan antarabangsa dalam bola sepak. Surat jawapan tersebut telah dihantar oleh FAM kepada Kelantan FC untuk pemakluman.
Surat daripada FIFA tersebut telah memberikan jawapan yang tegas, terang dan jelas bahawa Kelantan FC adalah tidak dibenarkan lagi untuk mendaftarkan pemain-pemain asing pada musim 2023 ini.
Kegagalan ini adalah disebabkan Kelantan FC gagal untuk melengkapkan dokumen pendaftaran pemain sebelum jendela perpindahan pemain kedua yang telah pun ditutup pada 1 Ogos 2023.
Like this:
Like Loading...
Add Comment