Bola Sepak

Penyokong Penang, Kedah bergaduh luar stadium


Insiden pergaduhan yang berlaku di sebuah stesen minyak berhampiran Stadium Bandaraya selepas perlawanan Penang FC dan KDA FC pada malam Selasa.

GEORGETOWN – Perlawanan Liga Super 2023 antara Penang FC dan Kedah Darul Aman (KDA) FC di Stadium Bandaraya, dekat sini pada malam Selasa dicemari insiden pergaduhan melibatkan penyokong kedua- dua pasukan.

Pergaduhan tersebut berlaku di perkarangan sebuah stesen minyak yang terletak berhampiran stadium berkenaan selepas perlawanan berkesudahan tuan rumah tewas 1-2.

Melalui satu video yang tular menunjukkan
penyokong kedua-dua pasukan telah mengeluarkan kata-kata provokasi di antara satu sama lain sehingga ada bertindak membaling objek dipercayai botol minuman.

Bagaimanapun kehadiran beberapa anggota polis ke lokasi kejadian berjaya menenangkan keadaan yang sebelum itu dilihat begitu panas.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong dalam pada itu mengesahkan insiden berkenaan satu kenyataan akan dikeluarkan.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: